22 January, 2024

Karipap Oksigen

Karipap Oksigen | Biasa kalau kita beli karipap, lepas tu makan tengok isi dalam tu lebih oksigen dari inti,mesti kita hangin kan, tapi kali ni nieyl sendiri yang request dengan kakak nieyl nak makan karipap oksigen hahaha, kebetulan masa tu dia tengah buat karipap untuk customer dia jadi adik dia ni mengada nak 2 ketul yang oksigen, cuma nieyl suka letak gula sikit dalam karipap tu.

Kakak nieyl buatkan 2 ketul je, ok la janji dia buatkan adik dia nak makan. Leper je karipap oksigen ni tapi kalau nak goreng tu kena minyak banyak bagi dia tenggelam tau, supaya dia mengelembung macam karipap yang ada isi. Cantik je kakak nieyl kelim, nieyl try juga kelim aduhai..jari gemoks-gemoks la, tak comel jadinya hehehe..

Ya Allah seriuslah bila dah lama tak makan yang oksigen ni, sedap sangat makan panas-panas. 2 ketul tu tak cukup untuk nieyl. Nak minta buat lagi, nanti kena marah hahaha..kena buat sendiri la nampaknya nanti tapi nieyl tak rajin la nak buat karipap sebab banyak kerja nya. Suka makan je, korang suka tak makan karipap?pernah ke dapat karipap oksigen?





 

5 comments:

  1. kak ayu ada buat jugak hari tu, but x goreng lagi.. cadang nak gu kan dgn sambal sardin.. x tau la bila jadinya.. he he he

    ReplyDelete
  2. mcmn nak kepilkan karipap tu ek... comel kejadiaannya.. pernah buat dulu2 zaman kanak2 dlu, tp lepas digoreng semua terbuka. :P.. lps tu dah serik, maka dibelinya sahaja.

    ReplyDelete
  3. karipap oxygen sendiri request ok....tak menyakitkan hati.
    kalau yg beli tu gerammmmm je sbb dahlah mahal, banyak angin pulak tu

    ReplyDelete
  4. Mati- mati akak ingat Nieyl beli karipap dapat inti oksigen..rupanya memang purposely buat karipap oksigen..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)