17 January, 2024

Apa Perkara Yang Buat Diri Nieyl Happy?

Apa Perkara Yang Buat Diri Nieyl  Ini Happy? | Setiap manusia di muka bumi ini layak merasa gembira dalam hidup walau sekali. Kalau ternampak orang lain gembira jangan sesekali kita bersangka buruk tapi kita doa semoga kita pun boleh happy juga. Personally kalau tanya nieyl apa perkara yang boleh buat nieyl happy adalah :-

TikTok
Nieyl memang suka tengok TikTok ok, tak boleh dinafikan banyak sangat benda yang di TikTok mampu buat nieyl happy salah satunya tengok video-video terbaru PRP, TAB dan TPP. 

Window Shopping
Kalau window shopping kebanyakkannya sekarang ni secara online ya. ha..siapa cakap online tak boleh window shopping, boleh je...nieyl selalu buat tengok barang-barang yang nieyl nak beli, masuk bakul lepas tu bior je sampai sold out kadang-kadang hahaha..

Keluar Coffee
Jarang nieyl nak keluar sorang-sorang untuk coffee biasanya nieyl akan ajak sesiapa untuk lepak minum coffee sembang-sembang, asalkan boleh jumpa orang sambil coffee.

Makan
Rasanya ini top carta lah ni, kalau bab makan susah untuk ditolak ya. hehehe.. Nieyl suka pergi kedai-kedai yang cantik dan makan dekat kedai yang belum pernah nieyl pergi lebih kepada food hunter macam tu. Sebab bila dapat pergi tu kan, happy sangat

Sleep
Nieyl tak tahu, kalau orang lain pun sama macam nieyl yang tidur boleh menghappykan diri. Nieyl kalau ada masalah ke, merajuk ke, kena marah ke kan, nieyl akan tidur dan lepas tu nieyl akan happy seperti biasa. magic kan..

Banyak sebenarnya perkara yang boleh buat diri nieyl happy, cuma untuk tahun 2024 ini nieyl nak happykan diri dan cuba enjoy menikmati hidup sebagai manusia yang KUAT dan nieyl tak nak downkan diri dengan kata-kata orang. Nieyl nak happykan semua orang disekeliling nieyl ♥

Kalau korang, apa perkara yang boleh buat korang happy?Share la...

 

4 comments:

  1. Boleh p beli barang dapur sorang2... Hahaha...

    ReplyDelete
  2. Niel... cara kite nak happy sama.. cume bila time perlu tidur tu (sbnrnye untuk tenangkan fikiran).. time tu la xdpt.. sebab ade org ganggu.. biasanya time tu la jd emosi x stabil n jd garang.. tu lady la.. :D

    ReplyDelete
  3. morning nieyl... emm, kalau kak ayu bab window shopping tu betul, bab makan pun sama, coffee...of coz...

    ReplyDelete
  4. yang buat saya happy...pantai, makan, kopi dan thrift shopping. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)