Lunch Date Dengan Geng Ex-PA | Dulu masa nieyl kerja dekat jabatan lama, nieyl PA kepada timbalan Pengarah. Kalau tak silap nieyl pernah jaga 4 orang timbalan. So, dulu bilik timbalan pengarah dan timbalan pengarah 1 wings je, jadi PA ni tak ada pilihan kau tengok aku, aku tengok kau hahaha. Jadi, kami bertiga ni lah yang akan bergantung antara satu sama lain. Yang tengah tu Kak Mona dan yang tudung hitam tu Faz, dia bff nieyl yang selalu nieyl cerita tu.
Dulu kalau faz cuti ke mc ke, memang antara nieyl atau kak mona yang akan cover tempat dia. Nak tak nak masa tu memang kenaaa sebab Faz PA pengarah. Kitaorang bertiga ni selalunya dulu kalau nak breakfast tunggu bos masing-masing pergi meeting dulu. Bila dah clear baru lah boleh breakfast dengan tenang. So bila dah duduk, makan sambil sembang macam-macam story lah yang kitaorang share. Banyak sangat yang kitaorang share antara satu sama lain dan kadang-kadang kita tanya pendapat dan cadangan.
So, tahun 2020 nieyl bertukar pindah ke jabatan lain dan tinggallah kak mona dengan Faz. Tapi tak lama pun, 2021, kak mona pula keluar ke KPT dan 2023 Faz pun sama keluar ke MOSTI. So, kitorang bertiga dah jauh sikit tempat kerja, jadi bila nak berjumpa tu memang susah sikit sebab jarak dan komitmen masing-masing.
Sebagai penutup 2023, minggu lepas Faz whatsapp ajak lunch sama-sama hari jumaat. So, nieyl pun on je sebab masa tu nieyl memang dah start cuti dah pun, jadi ada masa lah nak jumpa. Sampai-sampai Alamanda, Faz kata kak mona ada, surprise lah sebabnya nieyl ingat Faz dengan nieyl je. So, kita reunion lah, bersembang sambil makan. Masing-masing meluahkan apa yang terjadi dekat tempat kerja masing-masing. hahaha.. itulah kitaorang bertiga, kalau berjumpa memang takkan tak bercerita pasal kerja. Apa-apa pun kan, nieyl rasa happy sangat dapat jumpa bertiga ni sebab dah lama sangat-sangat tak jumpa bertiga macam ni rindu moment-moment dulu masa satu tempat kerja.
Last sekali nieyl doakan semoga Kak mona dapat bertukar keluar sebab dia nak cari pengalaman di tempat lain dan untuk Faz, semoga tahun 2024 ni dia dapat bekerja dengan happy dan bersabar dengan kerenah manusia.. Aminnn
harap2 linda pun dapat bertukar keluar jugak...hihihi
ReplyDeletebestnya keluar makan ngan geng2 PA...cipta memori kan...
ReplyDelete