12 January, 2024

Berita Baik Yang Nak Dikongsikan

Berita Baik Yang Nak Dikongsikan | Hari rabu tengah hari nieyl dapat call dari adik nieyl yang dekat Melaka, dia bagitahu isteri dia kena masuk emergency ceasar. Pagi rabu tu nieyl dah perasan dah isteri dia ada update dia check up, tapi tak sangka pula terus kena caesar. Adik nieyl kata air ketuban dia sikit. So, mungkin itu sebabnya kena caesar tu kot kan. Nieyl pun tak tahu sangat.

Pagi tadi adik nieyl kata dah masuk dewan bedah pukul12 lebih tengah malam. Pagi tadi adik update dalam group dah selamat bersalin dah, Alhamdulillah ibu dengan baby selamat semuanya. Ini kira anak dia yang kedua, yang first girl dan yang second ni pun girl. Suka la anak sulung dia tu dapat geng main lepas ni. 

Ini kalau ikutkan pengiraan nieyl, ini anak buah nieyl yang ke-25 Ya Allah ana kaya la..kaya dengan anak buah hehehe..Tak sabar nak pergi Melaka tengok tapi husband nieyl kata dia sibuk sampai hujung bulan ni so, maybe awal bulan 2 nanti baru ke Melaka tengok baby. Tapi tak apalah, bagi dia berpantang dengan tenang dulu kan. Tak sabarnya nak pergi shopping barang baby..♥

 

8 comments:

  1. tahniah Nieyl dapat anak buah yang ke 25...
    tangan baby pun dah terkeluar haa, tak sabar nak main dengan kakak nya lah tu...hihihi

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..congrats Nieyl... wah meriah tu 25 org anak buah.. kak ayu 9 org je.. kaya Nieyl.... bestnya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah!
    Bertambah ahli keluarga Nieyl syukur 🤲

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoag sihat kedua duanya..

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat anak buah baru...akak x jadi dapat anak buah sebab Acu keguguran pagi ni..dah masuk ward

    ReplyDelete
  6. Uish ramainya anak buah akk! Boleh buat team bola tu.. hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah Nieyl dan famili. Ramai tu 25. Saya baru 13 dah semput. haha

    ReplyDelete
  8. air ketuban sikit pun bahaya sebab baby boleh lemas. lemas sebab risau baby bergerak dan tangan atau anggota lain tertindih dengan tali pusat tu dan tak sampai oksigen pada baby nanti. bila ada air ketuban tali pusat tu akan bergerak sbb licinkan...tp bila takde tu yg bahaya (ini pengalaman ammi masa emergency c-zer dulu)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)