Kocha Lala Cyberjaya | Pernah tak kalau korang masuk kedai ke kafe ke duduk dan buka buku menu lepas tu rasa nak keluar semula?hahaha..realitinya macam tu la bila termasuk kafe yang harga premium. Awal bulan 1 hari tu nieyl keluar lunch dengan syida waktu rehat hari jumaat. So, dengan selambanya kitaorang masuk je kafe ni duduk, tengok buku menu dan pandang antara satu lama lain lepas tu kiteorang gelak sendiri hahaha..tapi sebenarnya ok je harga tu cuma mungkin lepas ni lama lagi la nak repeat..
Sebenarnya Kafe ni adalah kafe kampung masakan premium, dia dah tulis dah pun jadi sebenarnya dah boleh bayangkan harga dan kualiti bahan yang dieorang gunakan. Kalau dekat luar tu kita makan nasi lemak biasa boleh dapat rm2 kalau kafe macam ni dalam Rm12. Mesti korang pun rasa macam mahal kan?sebab apa yang nieyl tahu, nasi lemak tu dieorang guna beras basmathi kemudia kukus, kalau ikan bilis pula dieorang guna ikan bilis mata biru, telur guna gred A itu yang harga dia Rm12. Banyak lagi jenis nasi lemak yang boleh order dekat kafe ni harga kelip-kelip mata la ya..hehehe.. Harga mahal, kalau sedap, no problem kan..
Ini air yang nieyl order, Teh Ais Kocha Lala RM9 . Syida dia minum kopi kampung susu ais kocha lala Rm8. Dekat kafe ni dia tak guna gelas macam kedai-kedai makan lain, dia guna botol penutup tin. Unik kan.
Kiteorang berdua ambil set nasi putih cuma lauknya je berbeza. Set nasi ada ulam, telur masin, sambal belacan dan nasi beralaskan daun pisang. Nasi ni sahaja rm8
Nieyl ambil lauk ayam butter milk Rm16. Rasanya terlalu pekat dan terasa susu. Untuk tekak nieyl boleh makan beberapa ketul aje sebab muak la bila terlalu pekat kuah dia tu. Untuk citarasa nieyl 5/10.
Syida ambil sambal sotong Rm25, untuk sambal ni okla cuma untuk syida dia kata pedas, untuk nieyl dia pedas tapi sederhana 8/10. Kafe ni dia banyak je lagi pilihan menu makanan dia yang mungkin ada yang sedap-sedap tapi nieyl cuba dua ni je kalau baca review orang semuanya sedap-sedap. Pada nieyl, kesedapan kita ni mungkin berbeza kot, sebab nieyl rasa nieyl dah banyak kali pergi cuba kedai -kedai yang viral ni, ada yang betul-betul sedap dan ada yang tak. Jadi sebelum pergi, tengok dulu semua komen-komen tau. Sudahnya, kiteorang borak je dalam kafe tu sampai pukul2.30 petang hahaha.
Abaikan mata nieyl tu ya sebab menghadap cahaya matahari hahaha..
harganya..emm, premius sgt...sesekali & nak cuba..ok je la
ReplyDeletekalau bawak diri sendri, ok je nieyl..kalau bawak sekampung...jenuhhh...
ReplyDeletetp botol air tu yg rare, psal tu mahal kot
memang premium tu..kalau saya order satu dish je kot, share 2 orang. huhu. ala kecewanya ayam buttermilk tak sepadan dengan harga
ReplyDeleteNampak ayam buttermilk tu baru masak semalam. Suka juga menu ni....
ReplyDelete