10 January, 2024

Sesi Bergambar Di R&R sebelum berpisah

Sesi Bergambar Di R&R sebelum berpisah | Masa pergi Melaka tu, nieyl pergi 3 kereta. Memang kita nak pergi dengan kereta berasingan. Lagipun Ema (adik ipar) dia nak terus balik ke Penang. Dan husband pula dia nak berdua-duaan dengan nieyl dan adik ipar nieyl sorang lagi tu dengan kawan dia naik kereta lain. 

Sebelum berpisah, kitaorang berhenti dekat R&R untuk bergambar kenangan bersama sebelum berpisah. Tak cukup lengkap 1 family lagi tak ada sebab dieorang baru balik dari Melaka, tak lalu nak pergi lagi katanya hehehe. 

Dah besar-besar dah anak-anak buah nieyl belah husband. Yang dua orang ni nama dia Eryka Ellsa dan Eric El Mirza. Family dekat Penang ni jarang dapat jumpa sebab jauh, biasanya time raya, kenduri ataupun kita plan bercuti sama-sama. 

Budak Eric ni dulu masa kecil-kecil aduhai susah nak dekat orang. Kalau mommy dia pergi class dekat Shah Alam tu, Eric akan tinggal dengan nieyl. Mak ai dia boleh menangis tanpa henti cari mommy dia. Tapi sekarang ni, mommy depan mata pun dia tak heran dah, dia boleh melekat dengan orang yang boleh layan dia. Tengoklah tu nak buat peace tak pandai lagi, dia bagi 5 jari terus..hehehe..Jumpa lagi eric♥

 

5 comments:

  1. sedap pulak nama anak-anak buah ni.

    ReplyDelete
  2. Seronok kumpul dengan family sendiri sesekali kan

    ReplyDelete
  3. acara wajib lah kan Nieyl kalau tak bergambar kenangan, mana best tak ada memori nanti :) comel Eric :)

    ReplyDelete
  4. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
  5. Alahai comelnya Eric dan kakaknya. Rambut tu yang mahal

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)