08 January, 2024

Cough Relief Patch Berkesan

 

Cough Relief Patch Berkesan | Actually kan, husband nieyl ni selalu batuk tapi tak mustahil pun dia batuk sebab dia perokok. Hari-hari berzikir dekat telinga pun masih tak berubah hahaha.. Lantaklah dia kan tapi bila dia batuk tu kadang-kadang nieyl kesian yela siapa tak sayang suami kan. Marah-marah juga tapi yela kita yang dengar dia batuk pun rasa rimas, lagikan dia sendiri yang batuk tu kan.

Masa berjalan-jalan dekat watsons tanpa tujuan. Pergi rak ubat-ubatan ni lepas tu ternampak Patch ni, dan anak buah nieyl yang kerja dekat klinik pun suruh cuba sebab dia kata menjadi. Tapi masa tu nieyl tak beli lagi la sebab anak buah nieyl kata dekat rumah dia ada. Jadi, dia bagi dekat nieyl untuk cuba kalau berkesan baru beli lagi.

Jadi, nieyl pun nak buat ujikaji lah cari mangsa, tak yah cari mangsa sebab mangsa memang nak serah diri hahaha. Jadi, nieyl pun tampal dekat tengah-tengah antara dua dada dia, kena pakai semalaman dan nieyl pakaikan time nak tidur. 

Balik kerja sehari lepas pakai patch tu dia cakap dia kurang batuk dan minta nieyl belikan lagi. Awak rasa saya nak belikan ke?meh duit hahaha, sebab awak merokok boleh, jadi beli patch tu mesti boleh juga hahaha...nieyl cakap mulut je cmtu..nanti nieyl beli kan laa...

Dia ada banyak jenis, untuk kanak-kanak lain, untuk dewasa lain. Kalau korang nak try juga boleh cari dekat Watsons okay. Yang tak batuk tu pun boleh je beli standby dekat rumah,kalau anak batuk ke, suami batuk ke kan boleh terus tampal je..semoga info ni berguna okay ♥

7 comments:

  1. wah..menariks ni.. leh cuba & standby kan.. kak ayu kalau batuk pun memang lambat baik... so bila sakit tekak skt je kak ayu dah kelam kabut telan or hisap ubat dah
    tq for sharing!!!

    ReplyDelete
  2. oh ada gak jenis patch mcm ni ya

    ReplyDelete
  3. boleh buat stock untuk ank kecik yang xsuka makan ubat tu...

    ReplyDelete
  4. waahhh bagus juga patch ni ye nieyl?

    ReplyDelete
  5. tu la orang lelaki ni kan. bukan nak dengar cakap kita. nanti sakit isteri jugak susah kan.

    ReplyDelete
  6. perokok ni mmg degil nauzubillah...sama je macam husband ammi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)