Prego Mac & Cheese | Kalau pergi super market, nieyl akan pergi ambil barang yang ditulis dalam list terlebih dahulu. Lepas semua dah ada, baru nieyl akan jalan-jalan cari barang yang tak ada dalam list, itupun bergantung kepada kenapa nieyl nak beli. Sebab sekarang ni bukan zaman nieyl beli tapi tak makan, tak masak ya. Semua benda yang nieyl beli akan nieyl pastikan dia di makan dan di masak.
Kan nieyl ada share yang husband nieyl sekarang malam dia tak nak makan nasi. Dia nak makan makanan lain selain dari nasi. So, kadang-kadang nieyl akan buatkan wrap, ataupun buat garlic bread , speghetti. hari tu nieyl ternampak Mac & Cheese Prego punya dalam paket segera macam ni, jadi nieyl pun beli dan isnin malam tu nieyl terus masak untuk husband.
Step dia seperti atas ni tau, mudah je masukkan semua bahan dan tambah 250ml air je lepas tu rebus sampai mendidih, pekat sikit dan matikan api dan boleh hidangkan dalam mangkuk. Benda ni kalau nak makan, kena makan panas-panas tau, dah sejuk kan tak lalu di tekak kang. Dan lepas tu nieyl biasalah suka benor add on sikit herbs sikit dan juga secubit garam.
Untuk nieyl kalau korang dah biasa makan mac & cheese di restoran luar sama, semestinya yang instant bukan kena dengan selera korang kot. Untuk nieyl ok la boleh dimakan tapi korang kena tambah-tambah sikit ikut cita rasa korang, kalau ia semata-mata yang dalam paket tu kurang sikit la.. Jadi, kalau instant ni,memang kena pandai-pandai adjust lah ya..sekian..hehehe
Pernah try, tapi betullah x sama dgn yg di kedai atau homemade kan...tapi kalau pandai mengolah sedap agaknya
ReplyDeletesdap ni..dah cuba sblm ni..:)
ReplyDeletefeveret Ana juga ni! hehehe sedapppp~
ReplyDeletebtul tu..yg instant ni nk kena adjust ltk extra cheese so lg cheezy
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi ni. Risau nak beli takut tak sedap. Nampak menarik ni boleh la cuba nanti.
ReplyDeletekalau iris ni, dia siap tambah cili padi sikit..kasi pedas.. kak ayu & ian x minat sgt
ReplyDeleteboleh simpan kat rumah untuk emergency tak sempat masak lah kot
ReplyDelete