Kor.B Korean Restaurant Cyberjaya | Nak tergelak je masa menulis entry ni. Actually kalau korang perasan baju dalam gambar ni dengan entry sebelum ni sama kan?sebenarnya selepas kitaorang dah lepas dekat padang polo tu kitaorang pergi makan Kor.B ni hahaha.. Si afika la ni dia masih lapar lagi nieyl dengan syida ok je layan je. Nasiblah dari Putrajaya nak ke Cyberjaya tu tak jauh lebih kurang 15 minit je.
Antara menu yang di pilih oleh kiteorang bertiga. Sebelum ni nieyl dah pernah makan dekat sini dah jadi dah tahu nak makan apa, macam syida kali pertama. Si Afika ni memang makanan korea dia dah khatam dah..hehehe..Yang lagi bestnya makan dekat kedai korea, sembang pun pasal artis korea. Nieyl dengan syida ni tahu sikit-sikit je tapi Afika segalanya dia tahuuuu. Masa dia sembang tu pehh!rasa macam tengah dengar wartawan korea cerita. hehehe..
Jangan tertipu dengan mangkuk yang banyak-banyak tadi tu ya, nieyl punya 4 mangkuk je itu pun rasa nak pecah perut makan hahaha. Portion dia kecil-kecil je 1 mangkuk tu Rm2.90. Kira murah la pada nieyl sebab makanan dia cepat kenyanglah.
Pecah rahsia milik siapa mangkuk yang banyak tu hehehe, syida dia order 3 mangkuk je sebab dia memang tak makan banyak, boleh dikatakan semua makanan la, selama kenal dia ni, dia memang tak makan banyak, kalau kita rasa makanan dia sikit pada dia itu banyak. Afika dia jenis yang suka makan dan dia boleh makan banyak. Selalu dia yang akan habiskan makanan kiteorang.
itulah dia kisah daripada nak lepak kopi-kopi bawa ke malam ya. Ini tak tahu bila nak jumpa semula ni, Afika dah balik Kg dekat Johor, hopefully lepas dapat surat nanti Afika masuk perjabat semula. Kalau mak dia tak kasi datang balik sini, kurang seri group makan nieyl. Oklah korang, nanti kita sambung sembang entry lain pula okay...♥
Alhamdulillah
ReplyDeleteSyida dengan saya sama je. tapi 2,3 jam pastu dah lapar balik
ReplyDelete