Ceritanya bermula di Melaka | Sorry malam baru nieyl ada sedikit tenaga untuk duduk depan laptop dan menaip. Ceritanya macam ni pada cuti umum hari khamis yang lepas ni, nieyl dengan beberapa orang ahli keluarga pergi ke Rumah adik nieyl di Melaka untuk tujuan menziarahi anak buah nieyl yang baru lahir 11hb hari tu. Jadi, kita memang plan nak pergi sana tak nak susahkan adik nieyl masak-masak so, kiteorang pun singgahlah lunch dekat area Melaka tu untuk lunch.
Nak dijadikan cerita, sepanjang perjalanan dari rumah ke Melaka tu nieyl tak minum apa-apa air pun. Jadi bila sampai kedai makan, nieyl memang kehausan sangat, even makanan dah sampai pun nieyl tak boleh nak makan sebab kena basahkan tekak dulu, so..kebelakangan ni nieyl memang suka minum teh o ais limau , jadinya nieyl pun orderlah..
Bila air sampai, ofcause lah kita dah haus kan so memang akan sedut kaw-kaw la untuk basahkan tekak kan tetapiiiiii lepas nieyl minum air dia Allahuakbar, my tekak terus rasa sakit, perit sebab air tu sangat masam weh..Mungkin ada setengah orang dia boleh minum masam-masam ni tapi nieyl tak boleh, even kalau air sunquick tu pun nieyl tak boleh minum sebab tekak nieyl sangat sensitif dengan benda-benda yang terlalu masam dan dia memang automatik sakit tekak yang tak boleh nak bawa berbincang.
Jadi, lepas lunch tu tekak memang sangat sakit dan perit yang teramat sangat kalau nak telan air liur. So, memang mood nieyl kacau bilau la sebab masa tu belum sampai lagi rumah adik, bila dah sampai tu kan mood nak borak tak ada sebab kalau nieyl banyak bercakap, nanti banyak air liur yang nieyl kena telan.
Nieyl memang stress sangat-sangat masa tu,sebab tak dapat enjoy dekat Melaka. Siap cari farmasi beli buat sakit tekak. So, bila dah sampai rumah tiba-tiba badan nieyl rasa tak sedap macam nak demam, so nieyl terus bersihkan diri dan bawa berehat automatik terus demam malam tu..Allahuakbar..dengan sakit tekak nak telan air liur tu sampai kena meneran tau x..
Kebetulan, anak buah nieyl kerja klinik dia belikan satu ubat spray ni. Dia kata ubat ni bagus elok dan dia suruh try . Jadi nieyl ni terus try malam tu sebab dah tak boleh nak telan air liur. nieyl spray dalam 3x cmtu, after 1 hour macam tu nieyl try telan air liur dah tak seperit sebelum. Memang rasa bersyukur sebab alt least malam tu boleh bantu nieyl tidur juga walaupun sakit lagi.
Sampai ke hari ini tekak nieyl dah tak perit dah, cuma nieyl batuk dan suara masih belum recover betul-betul. Masih serak-serak hilang macam tu, hopefully sehari dua ni back to normal la. Sebab nak bersembang tak seronok kan..Lepas kes sakit tekak ni dah beransur pulih,ada lagi ujian yang melanda diri nieyl yang kali ni lagi besar...Next entry nieyl sambung ya...
Fuhh.. Sakit tekak tu boleh moody... Semoga nieyl cepat sembuh...
ReplyDeleteAlhamdulillah, lain kali kene minum slow2 dulu kan.. sebab kdg2 ade org yg buat sangat masam..
ReplyDeletealahai... ujian Allah...moga cepat sembuh & have a good rest yer Nieyl
ReplyDeleteAllahuakbar memang tak terdaya bila sakit tekak perit sampai jadi demam mcm tu.. suspennya bedebar tunggu next citer Nieyl... moga Nieyl cepat rocever & tekak baik semula ya
ReplyDelete