15 January, 2024

Lepas Rindu Padang Polo

 

Lepas Rindu Padang Polo | Padang polo ni selalu mengingatkan nieyl tentang kenangan manis nieyl bertemu 4 mata dengan keluarga Di Raja terutamanya dengan Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong dan anak-anaknya. Kadang-kadang tu kerinduan tu datang, jadi nieyl akan datang ke sini untuk lepak sambil minum secawan kopi. 

Sementara masih tak masuk kerja lagi ni kan, nieyl saja ajak Afika dengan Syida pergi lepak petang lepas waktu kerja hari Selasa yang lepas. Sebelum-sebelum ni kitaorang banyak pergi lunch sama-sama, cuma kali ni saja ajak lepak selepas waktu bekerja jadi masanya lebih panjang untuk bersembang dan menikmati pemandangan yang tenang ni.

Afika dengan Syida kata ini kali pertama dia sampai cafe ni. Jadi tak salahlah nieyl pilih cafe ni untuk kiteorang lepak dan bersembang. Kitaorang bertiga ni sekarang dah ada group whatsapp untuk sembang ataupun share apa-apa dalam tu. Actually, antara bertiga ni nieyl paling kaklong la, kedua Syida dan bongsu Afika. Tapi perbezaan umur tu sebenarnya bukan penghalang untuk kita close , yang penting cara pembawakan diri dan sikap kita. Setakat ni kalau dekat pejabat, kitaorang bertiga semua orang tahu ke mana je bersama, terutama sekali Afika dengan Syida la.. Untuk 2 minggu ni syida keseorangan dekat pejabat sebab nieyl dengan Afika masih berrehat dirumah hehehe. 

Cafe ni kalau untuk healing, untuk bertenang-tenang sangat sesuai dengan konsep alam semula jadi dengan pemandangan pada polo. Kalau kena masanya, kita boleh tengok orang training polo ataupun boleh tengok kuda-kuda yang cute dekat situ. Cafe ni berkonsepkan aesthetic, open air. Dia ada pilihan sama ada kita nak duduk bahagian dalam beratap ataupun tidak beratap. Kalau masa nieyl pergi Selasa tu nieyl pilih duduk tempat yang beratap sebab masa tu lepas hujan dan takut akan hujan lagi sebab kebelakangan ni hujan tak menentu. 

Masa nieyl lepak tu dah petang, jadi menu yang kieorang pilih pun lebih ringan dan sesuai untuk bersantai diwaktu petang. Harga makanan kitaorang ni antara Rm12- rm20, kitaorang beli 3 menu dan share sama-sama, jadi boleh rasa semua. Tapi macam biasalah syida selalu makan sikit je yang selalu habiskan makan nieyl ataupun Afika hehehe..

Dieorang ni senang masuk dengan nieyl. Dan dieorang ni boleh dikatakan sekepala la, dan dieorang ni suka layan nieyl. Selalunya kalau dekat pejabat waktu bekerja memang masing-masing buat kerja, kang bila nak pergi makan ke nak pergi jualan baru kita akan berjumpa. Afika ni jenis yang peramah dan suka bercerita, dan syida ni jenis tak banyak cakap tapi dia suka berkawan dengan orang yang banyak cakap, kalau bersembang pun dia dah pandai menyampuk dah hehehe..

Tak sabar nak masuk kerja semula, nak jumpa budak berdua ni balik. Yang bestnya, dah plan nak beli set meja dan kerusi healing untuk rehat hari jumaat nak lepak tempat Afika. Best sangat port workstation afika ni, nantilah bila-bila nieyl tunjukkan kenapa best ya..hehehe..Korang gambar kali ni Afika yang snap guna filter aesthetic katanya...

Oh ya sebelum nieyl terlupa, nama cafe ni Ekues Putrajaya dan di buka setiap hari selasa- ahad jam 8.30 pagi sampai 6.30 petang. Kalau ada yang nak datang Putrajaya ke, tak tahu nak pergi mana boleh la pergi sini ok...search je Ekues Cabin Cafe okay ♥




4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)