18 January, 2024

Beli Kasut Kerja 2024

 

Beli Kasut Kerja 2024 | Sebenarnya nieyl dah beli kasut kerja 2024 hujung bulan 12 lagi masa end sale dekat Parkson. Masa beli tu memang plan nak pakai masa masuk kerja tahun 2024, masa tu tak tahu lagi yang kena tunda renew kontrak. Tapi bila dah tahu tu, sedihlah juga..Kasut tu pun duduk jelah dalam kotak diam-diam. 

Actually, masa nieyl keluar dengan bff nieyl yang PA-PA tu yang rancak mencari kasut tu orang lain, dan nieyl tengok-temgok je dan saja je pergi dekat brand yang nieyl suka CR ni, terus ternampak kasut ni, tak toleh 2x tau. Dia macam jatuh cinta pandang pertama gituu.. Terus nieyl sarung, lepas tu tengok size kasut, tanya promoter nak sebelah lagi, try pakai tengok cermin terus beli hahaha..semudah itu ya nieyl membeli kasut korang. hahaha.. 

Tadaaa..inilah kasut yang nieyl beli tu, cantik tak korang?nampak selesa kan tapak dalam tu. Lembut dan selesa untuk kaki kembang macam nieyl ni..hehehehe

Nieyl sebenarnya tak suka pakai kasut yang tertutup macam ni tapi kadang-kadang untuk urusan rasmi wajib pakai, jadi biasanya nieyl ada sepasang sahaja dan nieyl akan pakai sampai lunyai hahaha..

Ini bahagian tepi dia, dia tak sepenuhnya kulit tepi dia ni kain lace hitam bercorak. Seksi sikit kan dan tumit untuk urusan rasmi setakat 2 inci sahaja tidak lebih. Sebab kadang-kadang kena bergerak dengan cepat dan berdiri lama. 

nieyl zoom sikit untuk korang tengok lace dia, cantik kan.. Hopefully tak lama lagi nieyl boleh pakai kasut ni untuk bekerja. Ini pun bila beli nieyl letak dalam bilik, takut mak nieyl nampak hehehe..nanti kena bebel sebab asyik beli kasut je, hari tu baru beli kasut sukan, yang ni beli kasut kerja pula hehe.. ♥



7 comments:

  1. hehe..harap yang ni mak tak marah sebab nampak feminin dan profesional. gitu

    ReplyDelete
  2. boleh bg excuse lagi tu...satu kasut sukan, satu kasut kerja mak..mana boleh pkai kasut sukan pergi kerja...kikiki

    ReplyDelete
  3. cantiknya kasut.. org tua kata sebelum pakai kasut baru kene gigit dulu depan kasut tu supaya kaki x sakit :P.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Yang penting selesa dan sedap dipakai

    ReplyDelete
  5. Feminin je Nieyl. Apa salahnya beli kasut kerja....sesekali....nampak pun selesa sangat sebab tapak tu nampak macam ada span....

    ReplyDelete
  6. dah lama tak gi kerja pakai kasut camni...sekarang pakai sport shoes je

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)