11 January, 2024

Anuar Rusa Steak House di Kuala Kubu Baru, Selangor

Anuar Rusa Steak House di Kuala Kubu Baru, Selangor | Ingatkan otak 5 minit husband nieyl dah tak ada. Korang nak tahu tak minggu lepas hari ahad bangun pagi, husband ajak breakfast dekat luar. Dia pun rajin tengok tiktok, dia pun cakap la nak makan Bawal Power sekali dengan lunch. So, nieyl pun bersiap-siap, dalam pukul10 pagi kiteorang keluar rumah.

Masa on the way dah masuk Putrajaya tu, tiba-tiba dia cakap jom makan rusa. Nieyl macam ha?serius ar..lepas tu dia suruh check berapa jam dari putrajaya. Nieyl check dalam 1 jam 20 minit , terus dia cakap ha jom..hahaha..nieyl cakap nasib baiklah nieyl pakai segak sikit. Sepanjang jalan tu cuaca memang tak panas sebab dia mendung,hujan kejap lepas tu berhenti. Perjalanan pun tak jem langsung so, nieyl sampai kedai tu dalam pukul 12.30. 

Sampai-sampai tu memang banyak moto besar-besar yang konvoi singgah makan dekat kedai tu. Nieyl pun risau lah sebab kalau kedai-kedai viral ni nasib-nasib dapat tempat ke tak. Tapi Alhamdulillah nieyl berdua je dengan husband, adalah tempat meja berdua. Lepas pilih makanan terus pergi kaunter untuk bayar. Apa yang surprise nya makanan dia sampai sangat cepat, tak sempat nak berborak dengan husband pasal kedai ni. 

Husband nieyl order nasi minyak kari rusa, harga dia Rm40 dan kari Rusa dia sedap dan nieyl pun tak pernah makan tapi beranikan diri juga lah nak rasa daging dia, rasa dia macam daging lembu je. kari dia pekat, cukup rasa memang sedap. Kalau korang nak tapau kari rusa sahaja untuk bawa balik harga dia Rm33 tapi daging dia banyak.. 

nieyl pula sebab tak makan rusa, jadi nieyl order kambing bakar je. Ya Allah kambing dia pun sedap, lembut dan manis. Nieyl makan tak letak sos black Pepper dia pun, makan dengan nasi pun dah sedap. Harga dia RM15. 

Lepas makan sebelum balik, husband ajak pergi belakang kedai ada kandang rusa. Adalah dalam 10 ekor rusa dalam kandang tu. Pekerja kedai tu cakap kalau nak datang boleh walk in ataupun call buat tempahan pun boleh. Dan kalau yang makan kepala rusa pun boleh buat tempahan dulu sebab kepala rusa terhad. hehehe..

Kebelakangan ni husband nieyl suka buat hal otak 5 minit dia, risau betul nieyl. Hari tu dah cakap dah dekat dia, nampaknya lepas ni nak kena standby bag baju dekat bonet risau dia buat hal tak nak balik pula kang hehehe..♥



4 comments:

  1. otak 5minit selalunya mmg terus jadi..otak yg plan plan plan tu yang risauuu..haha

    ReplyDelete
  2. owh kat KKB , tak jauh dari kediaman kak ana, boleh lah try nanti, tapi sama macam Nieyl , rusa tak pernah makan lagi nak try boleh lah kut ye :)

    ReplyDelete
  3. seronok juga tu buat benda sepontan ni. saya pun tak p[ernah makan dagiong rusa. teringin nak cuba

    ReplyDelete
  4. wahhhh nasi daging rusa mmg rare! tak pernah cuba juga.. nati nak ken try ni hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)