22 February, 2018

Rindu Adam tak?

Adam ada je , cuma jarang dapat jumpa sebab sibuk dengan urusan lain-lain. Last week time celebrate birthday MIL, adam dengan putri pun ada. Sibuk dia dengan lego besar dia, buat senapang nak tembak kucing katanya...


Nampak tak kucing tu dah standby untuk di tembak adam..hihihi..Adam seorang yang sangat berdikari, walaupun masih kecil dia sangat rapat dengan dua-dua keluarga , belah mummy dia dan belah daddy dia. Yela kadang-kadang ada budak dia hanya rapat dengan sebelah pihak je sebab duduk sekali ataupun jarang jumpa. 


Masa nak balik rumah, adam nak ikut kiteorang balik siap salam semua orang yang ada dekat bawah pokok tu termasuklah mummy dia..mummy acah-acah menangis pun dia tak heran..hihihi.. Siap suruh nieyl naik moto cepat dia nak ikut..kekeke...


Biasalah keluarga nieyl besar, anak-anak buah pun ramai..bila petang-petang weekend ada yang main badminton di kawasan rumah tu, jadi adam pun teruja bila nampak orang main badminton..lepas tu anak-anak buah nieyl yang lain rajin layan budak-budak..so, seronok lah dia dapat main ramai-ramai.. 

p/s: satu hari nanti kalau adam baca blog maklong nie, scroll la ya banyak story adam dalam blog ni..

5 comments:

  1. comelnya adam.. bagus dia suka dengan semua orang..

    ReplyDelete
  2. hahaha redho je kucing tu tggu situ hahah alahai omei adam..moga menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  3. Comelnya Adam..tapi oklah dia boleh masuk dengan ramai orang

    ReplyDelete
  4. kenapa handsome sangat ni??? orang nama adam memang handsome handsome eh hehe

    ReplyDelete
  5. bulatnya mata Adam..comel sangat...pasti suatu hari nanti Adam teruja sbb Maklong byk cerita pasal dia kt dlm ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)