28 February, 2018

Diet Challenge : Kesedaran

Apa dia?Diet Challenge?Boleh ke aku ni?itulah persoalan yang pertama yang terlintas dalam fikiran. Jujur cakap niat di hati ni selalu cakap ok esok aku nak kurangkan makan,tak nak makan malam selepas pukul8. Selalunya niat tinggal habuk je sebab nak memulakan sesuatu yang baik itu sememangnya susah.

Satu hari, sembang-sembang dengan kawan tiba-tiba terajak join diet sama-sama, sebab bila kita buat dalam satu kumpulan, semangat untuk start tu dia lebih kepada berkobar-kobar, berlumba-lumba nak diet. So, dari situlah diri ini ada kesedaran untuk mengurangkan berat badan dan makan makanan yang sihat dan menjalani rutin yang lebih sihat.


Sebelum start diet tu, kena buat research sikit tentang cara diet yang betul, cara pemakanan yang betul supaya diet ini menjadi diet yang sihat dan seimbang. Dan yang paling penting adalah kiraan kalori yang perlu kita ambil setiap hari. 

Sebelum kahwin nieyl pernah juga buat diet atkins tanpa nasi selama 3 bulan. Memang sangat mencabar, hanya orang yang mempunyai azam yang tinggi je yang boleh buat diet atkins ni, tapi selepas start makan nasi berat badan naik berganda-ganda..wow! nak turun bukan main susah,nak naik sekejap je.

So, sekarang ini nieyl amalkan konsep suku, suku, separuh..ha..korang mesti pernah dengar konsep diet ni kan. Inilah yang diet yang terbaik dan yang paling sihat di mana semua keperluan makan kita untuk seharian ada. Jadi nieyl banyak juga cari resepi-resepi diet yang boleh dijadikan panduan untuk nieyl jadikan menu diet nieyl dengan kawan-kawan. Mula-mula nak start makan dalam kuantiti yang sikit tu rasa macam tak cukup je,tapi sebenarnya bila kita dah makan sangat rasa kenyang tau. So, diet nieyl wajib ambil nasi sebesar penumbuk pun dah mencukupi.


Selain dari makanan yang sihat, nieyl juga amalkan exercise setiap petang dan juga malam. Nak tahu apa nieyl buat?Nieyl setkan sehari 30 minit untuk berzumba setiap petang ataupun main badminton untuk keluarkan peluh dan manakala waktu malam sambil-sambil menonton tv nieyl buat senaman yang simple-simple untuk mengembiskan perut, kadang-kadang husband pun join sekali..kekeke..



Dan yang paling penting, banyakkan minum air kosong, jangan skip breakfast ,jangan ambil minuman yang bergas kerana kandungan gulanya sangat tinggi tau. Setiap kali kita makan pastikan hidangan kita itu wajib ada sayur. Itu yang nieyl amalkan.. Nak diet ini kita tak boleh nak ikut cara orang lain, kita kena cari cara yang sesuai dengan diri kita, yang kita selesa dan yang tidak memudaratkan kesihatan kita dan DISIPLIN. 

Oklah nanti nieyl share dengan korang menu-menu diet yang nieyl amalkan untuk panduan korang yang nak start diet macam nieyl. Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat baru untuk kita sama-sama mendapat kesihatan yang baik..InsyaÁllah...






7 comments:

  1. yg penting sekali, nak diet tu biar sihat bukan nak cantik semata..so, cantik luar cantik dalam cantik dengar sini..eh..ternyanyi pulak..

    ReplyDelete
  2. Good luck!!! ^^ jangan mudah give up tau! :3

    ReplyDelete
  3. Kaella tak tahan kalau nak diet, sekejap je dietnye hah lepas tu tak diet lah tu hehe

    ReplyDelete
  4. yea..best !
    share ye menu..yg senang..hehe =p

    ReplyDelete
  5. Good luck Nieyl, betul tu.. Nak diet biar kena dengan badan kita kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)