Lunch Date di Alamanda,Putrajaya | Setiap kali tiba weekend je, otak ligat fikir nak buat apa cuti dua hari. Last week officemate ajak pergi tengok wayang filem Behind The Wall, Ya ampun minta maaf ler i tak tengo filem-filem hantu ni, walaupun niat di hati nak cabar diri tapi belum pergi pun semalaman tak boleh tidur apa cter weh..hahaha..
Tak apa la..i rela tak pergi tengok daripada tak boleh tidur 2 3 hari kemudian..ha..ha..ha.. sabtu hari tu dieorang pergi tengok wayang dulu dan nieyl follow makan dan lepak-lepak je. So,datang pun lewat dalam pukul 12.30 macam tu so,tak adalah lama sangat nak tunggu.
Ha..sebelum tu, nieyl nak pagi nama group ni my bambam girl..ha..ha..ha..sebabnya semuanya comel-comel belaka...Kak Lydia kalau baca ni jangan ketawa ya kang sampai bilik saya dengar akak ketawa..ha..ha..ha...
Lepas keluar dari panggung wayang muka semua muka orang tak puas hati sebab filem yang dieorang tengok tu..tak apa la tak nak suruh dieorang review pun sebab kata dieorang tak tahu nak review macam mana..ha..ha..ha.. Ok, perut semua dah lapar, jom kita cari tempat makan sambil borak -borak.. Kitaorang makan di Black Canyon Alamanda. dan ambil makanan set terus untuk makan 5 orang..sharing is caring..
Ini adalah minuman fav nieyl bila makan di Black Canyon ni, kalau siapa yang suka minum coffee yang pekat lagi likat boleh cuba Black Canyon Iced Coffee.
Semua ni ada dalam set tau, ini nama dia Stir Fried Mixed Vegetable With Oyster Sauce ala macam sayur campur masak sos tiram , ada carrot , sawi, bunga kobis, cendawan butang..
Yang ini pula nama dia Minced Chicken & hot basil with fried eggs. Sedap juga walaupun nampak simple je menu dia,telur pun dia goreng setengah masak..kuning dia masih cair..yumyum..
Tom Yum di Black Canyon ni memang antara yang sedap, so memang recommed . Dia ada chicken , seafood so, kalau korang pergi Black Canyon..sila order okay..
Nampak seperti telur hancur yang biasa kita buat dekat rumah tu kan. Sebenarnya ini adalah chicken , Chili dan Praw..Dia masak sekali bersama telur..rasa dia sedap..manis-manis udang tu rasa.
gambar makanan adalah wajib untuk di snap untuk nieyl share dengan korang tempat-tempat yag sedap untuk korang makan bila tiada idea...
Ok dekat Black Canyon ni nasi dia bagi tu nampak macam tak cukup untuk seorang makan tapi untuk nieyl memang cukup sebenarnya. Untuk makan 5 orang sedang elok tiada pembaziran. So, incase kalau korang rasa tak cukup nasi tu boleh je add on lagi nasi atau makanan lain.
Bila perut dah kenyang makan nasi, kitaorang beredar ke luar pula lepak dekat area RASA sambil makan Crispy Popiah. Kalau dah makan-makan tu harus la borak-borak panjang, gelak ketawa.. tapi mulut menyungah tak berhenti-henti..ha..ha..ha..Tq kak lydia for crispy popiah..
Ingatkan makan crispy popiah dah kenyang la, sekali order lagi waffle pula..ha..ha..ha... pencuci mulut katanya ya..macam mana nak diet ni weh... kalau korang nak tahu, hari sabtu lepas adalah hari yang paling banyak nieyl makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi...weh!seminggu ni pulun minum air kosong..ha..ha..ha...
Apa-apa pun kan, seronok dapat luangkan masa di luar pejabat. Rasa macam bebas..korang, next time tu kalau nak pergi tengok wayang tu, tak yah la tengok filem yang seram-seram...bulan depan kita keluar lagi okay....
Sama lah... Hana takkan boleh lelap mata lepas tengok citer seram! T^T btw can I have a bite of the waffle? heee ^^
ReplyDeletecoffee kat black canyon memang cedap2...food pun ok. seronok leh spend masa ngan kawan2 mcm ni .. kan.
ReplyDeleteseronoknyaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteRindu alamanda putrajaya..
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Ampunkan Dosaku
tq singgah blog Qekra.. lama tak makan wafle tu..
ReplyDeleteadoii terliur ;)
sedap waffle aiskrim tu sedap je nampaknya.
ReplyDeletewahhh sedapnya makanan tempat sana
ReplyDeleteperghhh
ReplyDeletesedap2 semua makanan
teringin nak rasa popia tu. nampak sedap semua ni
ReplyDelete