Hadiah untuk diri sendiri bulan ni | Masa remaja dibangku sekolah dulu, selalu berangan dan akan cakap bila dah besar nanti nak beli ini, nak beli ini untuk diri sendiri. Tapi bila dah masuk alam pekerjaan baru kita tahu macam mana. Nieyl masuk alam pekerjaan awal, lepas STPM terus kerja dalam umur 21 tahun Alhamdulillah sampai ke hari ini rezeki kerja masih ada walaupun belum ada rezeki nak dapat kerja tetap.
Masa sebelum kahwin, tahun ke dua nieyl bekerja nieyl berjaya reward diri dengan beli seutas rantai konon-kononnya gaji awal-awal, masuk tahun ke 3 tu nieyl dah fokus simpan duit gaji separuh untuk kahwin. Jodoh sampai awal umur 24 tahun nieyl dah jadi isteri orang hehehe.. Selepas kahwin, nieyl memang banyak fokus berbelanja untuk makan, rumah dan simpan. Untuk diri sendiri tu kadang-kadang je.
Tapi sebenarnya, kita patut reward diri kita ni setiap bulan tak kisahlah dalam bentuk apa pun. Nak makan sedap-sedap ke, nak beli emas ke, nak beli baju ke janji kita ada self reward. Sebab kita penat bekerja sebulan kan, mesti kita ada keinginan yang kita nak. Contoh baru-baru ni kan, tak tahu kenapa nieyl suka sangat dengar lagu-lagu malam hari sebelum nak tidur tu, bukan dengar lagu apa pun buka radio SURIA FM je pun, malam kan ada SURIA CINTA, kadang-kadang memang terlayan juga lagu-lagu dia tu, lagu lama yang memang melayan jiwa la orang kata.
Jadi,gigihlah nieyl cari radio kecil yang guna bateri sebab boleh dengar dekat mana-mana tanpa wayar. Rupanya sekarang ni tak banyak pilihan radio yang guna bateri. Jenuh juga nieyl cari dekat shopee tu nasib baik ada jumpa satu, murah, kecik dan yang penting power sound dia. Sekarang ni boleh dikatakan nak make up dengar radio, iron baju dengar radio, ni tengah taip blog pun dengar radio memang layan..
nice... senang nak bawak gi mana2 pun kan.. comei
ReplyDeletekak ayu dulu masa mula2 keja, everymonth mesti baju baru...pas dah kawin..more ke anak & rumah la of coz kan.. now dpt coffee pun, kira reward utk diri sendiri dah... he he he...sbb nak beli baju dah banyak dah, more kpd beli mana yg perlu je
Aah betul kak..kadang-kadang nak reward diri ni tak perlu pun mahal2, kopi secawan tu pun kadang2 dah cukup sebab benda yg kita sukaa..
DeleteNice.. senang ada radio camtu. Senang dan mudah nak angkut ke mana-mana.
ReplyDeleteCuya pon selalu reward diri.. Samada Cuya beli buku, atau belanja besar pada makanan.
ReplyDeleteMahal pon tkpe, janji puas.
Sayangi diri gitu kan :D
Sama la..akak sepanjang Hari dengar Suria FM..
ReplyDelete