20 September, 2023

Jangan suka bandingkan

Jangan suka bandingkan | Semua orang nak hidup dengan tenang kan tapi fikir benda yang sebenarnya tak perlu pun fikir. Salah satu perkara yang nieyl belajar dalam hidup ini adalah jangan suka bandingkan hidup kita dengan orang lain. Dulu masa muda dan tidak matang lagi, nieyl sendiri pun selalu je bandingkan hidup diri dengan orang lain terutamanya kawan-kawan kita. Benda tu sebenarnya bukan perkara yang baik untuk diri kita, sebab kita tak akan dapat nikmati hidup yang tenang kalau asyik bandingkan diri kita dengan orang lain.

Tapi bila umur semakin meningkat, pemikiran kita akan jadi lebih matang dan kita boleh berfikir dengan lebih baik. Kenapa kita tak perlu bandingkan diri kita dengan orang lain sebab kita tidak tahu apa yang orang yang kita bandingkan tu lalui dalam hidup dia. Mungkin kita rasa kita susah tapi ada orang lain yang lagi susah daripada kita. Mungkin kita rasa kita tak cukup berduit, tak kaya dari orang lain tapi pernah tak kita fikir macam mana orang tu berusaha untuk menjadi kaya, berduit mestilah dengan usaha. Kalau kita rajin berusaha, kita pun boleh jadi macam orang tu.  

Tidak perlu ada sikap iri hati ataupun bandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap manusia di muka bumi Allah dia, diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan. Yang mana kurang, kita boleh perbaiki menjadi lebihan bukan menjadi kekurangan selama-lamanya. Percayalah, kalau kita selalu berfikir positif, hidup kita akan menjadi lebih tenang tanpa perlu berfikir perkara yang tidak perlu dan bukan urusan kita.♥



 

4 comments:

  1. so true...penat je hidup kalau suka nak banding2 kan dgn org lain....
    Allah tu Maha Adil...nobody perfect..mesti ada kelebihan & ada kekurangan setiap orang tu..kannn..yg penting kita kena la sentiasa bersyukur & redha dgn setiap apa yg kita ada...

    ReplyDelete
  2. sangat benar, pertama kita didik jiwa cari redha Allah swt bukan redha manusia, in syaa allah lebih tenang kan Nieyl

    ReplyDelete
  3. hati kena bersih beb. hidup jadi bahagia.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)