07 September, 2023

Apa Batuk Kokol tu?

 


Apa Batuk Kokol tu? | Kebelakangan ini batuk kokol antara penyakit yang semakin merebak dalam kalangan masyarakat. Menurut kata pakar kesihatan awam, Dr Ahmad Samhan Awang di Twitter, hari ini, beliau menjelaskan batuk kokol yang turut dikenali sebagai pertussis boleh mengakibatkan radang paru-paru, otak dan sawan dan mudah berjangkit serta boleh membawa maut.

Batuk kokol dikategorikan sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit melalui hidung dan kerongkong. Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti bunyi nyaring ketika menarik nafas dan berbunyi.

Tanda dan simptom

Antara tanda termasuk hidung berair, hidung tersumbat dengan mukus/cecair, mata merah dan berair, demam serta batuk. Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan merangsang untuk muntah, menyebabkan muka menjadi merah atau biru, selain menyebabkan kepenatan melampau. Ini berakhir dengan bunyi 'whoop' bernada tinggi ketika bernafas.

Pencegahan yang boleh dilakukan

Minum air secukupnya. Air , jus dan sup amat disarankan. Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk. Bersihkan udara perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran. Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.


Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri dan juga orang-orang yang kita sayang. Jika tidak sihat, cepat-cepat makan ubat, kalau melarat terus pergi jumpa Dr. untuk rawatan selanjutnya.. Nieyl doakan semoga kita semua dihindarkan dari penyakit-penyakit yang merbahaya..Aminn.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)