19 September, 2023

Sesi membina untuk dekorasi kemerdekaan 2023

Sesi membina untuk dekorasi kemerdekaan 2023 | Kadang-kadang bila hati yang nakal ni bersuara didalam hati, "lagi 2 week juri nak datang tengok sudut kemerdekaan tapi bahagian aku tak ada bunyi, tak ada cakap nak buat apa-apa pun"  Biarlah.. Tapi bila hati yang baik ni kata tak apa lah, kalau kita buat, kita tak rugi apa pun, kalau aku tak start, siapa yang nak start.. Nampak tak?Bukan nak kata nieyl ni baik sangat tapi bila kita bekerja, kita ada rasa tanggungjawab.. Ya betul, tahu..dieorang sibuk, tapi macam la saya ni tak sibuk, tak ada kerja nak buat kan hahaha...Tapi tak apalah, dalam pada plan sorang-sorang tu kan, Allah hadirkan hamba Allah yang selalu bantu nieyl, dia sibuk juga dengan mesyuarat, tapi dia akan selalu cari time untuk bantu nieyl. Terharu gila..

Rasanya hampir seminggu kita spend time untuk bina KLCC, bangunan parlimen dan Menara KL. Plan asalnya nak bina KLCC guna botol air kosong, tapi biasalah nak kumpul tu satu hal, tak dapat sambutan dari ahli bahagian satu hal. (malas nak fikir,) Jadi, kebetulan satu hari tu nieyl tersampai awal dekat pejabat. Ternampak banyak kotak-kotak komputer depan makmal latihan, admin baru tukar komputer baru, nieyl terus je cari siapa pegawai yang uruskan untuk nieyl boleh ambil semua kotak-kotak tu, sebab biasanya kotak-kotak tu dieorang dah tak pakai dah. Alhamdulillah nieyl dapat semua kotak-kotak tu kalau tak silap ada dalam 20 kotak macam tu...

Daripada kotak-kotak tu la timbul idea nak buat KLCC guna kotak, gigih weh nak buka kotak , nak buang dia punya lapisan pertama tu tapi Alhamdulillah ada yang sudi tolong..
Yang bunga ni nieyl memang serahkan 100% dekat adik-adik yang sudi membantu, banyak juga kita dapat..plan dia kita nak gantung dekat siling atas macam ketupat. 

Adik fika ni, nieyl memang minta tolong dia buatkan kereta kebal, bahan semua dah ada tinggal nak buat jadikan kereta kebal sahaja. Alhamdulillah perfect hasilnya. 

The best part adalah ini kali pertama nieyl buat ranggoli, selalu teringin sangat nak buat sendiri. Kali ni nieyl minta bantuan pegawai nieyl INDIAN untuk bantu nieyl hasilkan ranggoli Madani..

Pada hari kejadian, hari penjurian..pegawai-pegawai nieyl pakai baju seragam bagi melambangkan barisan hadapan, dan ada juga yang pakai baju perayaan berbilang kaum. Alhamdulillah.. Dengan arahan pengarah, ramai yang pada hari kejadian membantu..Dan kita ada sesi menyanyi lagu 31 Ogos untuk naikkan semangat kemerdekaan. 


Walaupun bahagian nieyl tak menang nombor 1- 3 tapi moment dan memori tu yang mahal dan tak mungkin kita akan dapat yang sama pada masa akan datang. Macam mana sambutan kemerdekaan dekat pejabat korang?meriah juga ke...

 

2 comments:

  1. wah meriahnya ada pertandingan deco2 mcm ni..terasa sgt semangat kemerdekaannya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, nampak ok semuanya tu. Congrats Nieyl & team!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)