Cerita Kasut Saya | 13 hari bulan yang lepas , seharian nieyl ada event besar dan nieyl sebagai tray lady's jadi memang banyak bergerak juga. Danlah event tu dari pagi sampai ke petang, kerusi hanya ada 2 buah je, jadi bergilir-gilirlah duduk tapi lama-lama tak tahan juga nak berdiri , jadi duduk jela dengan bersila dengan karpet tu. Sebab penyampaian cenderahati ni jarak dia jauh-jauh sejam, ada yang 2 jam, jadi mana larat nak berdiri.
Selepas event dalam pukul5.30, nieyl terus je pergi ke kereta dan nak dijadikan cerita sampai je ke kereta, kasut nieyl tapak dia hampir-hampir tercabut ya hahaha, nasib baiklah event dah selesai kalau tidak, memang nieyl menung pakai selipar lah dekat belakang stage tu. Kasut dah lama sangat dah tu, memang nak kena beli baru, sebab dulu masa dekat pejabat lama event tak banyak , tapi pejabat baru ni boleh dikatakan back to back la , jadi kasut tu sangat diperlukan. Dan jenis nieyl ni tak pandai lah pakai banyak kasut, nieyl akan guna kasut tu sampai rosak, baru nieyl akan beli yang baru. Kalau elok lagi, jangan harap nieyl nak beli yang baru. Sebab bila banyak kasut nanti bukannya pakai, rosak sebab tak pakai adalah. Itulah cerita tentang kasut nieyl...♥
Kena ada beberapa pasang kasut.
ReplyDeleteBoleh tukar2 pakai.
Yeayyy..dh rosak..apa tunggu lagi..pi beli baru cepat
ReplyDeletetue kena beli baru tu..
ReplyDeletesama la..saya beli ikut keperluan. dah rosak baru beli lagi. banyak banyak kasut, kaki ada sepasang aje
ReplyDeletealamak.. dia minta yg baru tu..
ReplyDelete