18 March, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 21

Menu Berbuka Puasa Day 21 | Cabaran diteruskan lagi untuk day 21, masih konsisten cuma lambat post hihihi. Hari ni bos nieyl dah 2 orang dah start cuti tinggal seorang bos je esok baru cuti. Jadi, ada ruang sikit nak update blog..lagi dekat nak raya ni, sibuk sikit..Nieyl esok kerja setengah hari je hihihi..

Menu berbuka puasa nieyl day 21 tempe sambal ikan bilis garing, roti john tak ada mayo sebab mak nieyl tak makan mayo dan murtabak frozen nieyl beli dari officemate..besar dan sedap!

Kemudian, nieyl masak bayam lemak labu, ayam bakar dan ikan masin wajib kalau ada masak lemak nie. Alhamdulillah,nieyl masih memasak setiap hari balik kerja. Tinggal berapa hari je lagi nak letak jawatan tukang masak ni hehehe..
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)