2 kotak sampai dekat rumah | Al kisahnya sejak-sejak mak ni tahu shopee, tiktok ni dia kalau nak beli barang, pakai order dekat nieyl hahaha. Setiap tahun mak kalau buat preparation raya memang sungguh-sunggh betul ya. Semua dia nak tukar baru hahaha. Kali ini dia minta nieyl orderkan bekas isi rempah ratus dekat dapur. Dia kata yang dekat dapur tu nampak dah buruk sangat, jadi dia suruh beli baru.
Sekali sampai 2 kotak hahaha..terkejut mak, sebab mak suruh beli 15 balang je, nieyl beli je terus 20 balang senang.Lebih tu simpan sebab biasanya yang nampak cepat comot tu serbuk kunyit je..yang lain tu tahan lama.
Bila dah beli balang rempah ratus tu, nieyl beli sekali sticker readymade harga dia RM10. Ok lah banyak nanti boleh guna untuk deco bekas-bekas dalam peti sejuk pula. Nieyl lupa nak snap gambar yang dah siap, esok-esok la ya nieyl share...


.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)