07 May, 2025

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya


Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya | Setiap kali pergi Penang, pasti takkan lupa beli Jeruk Pak Ali kan. Ok kalau macam nieyl pun suka juga beli jeruk-jeruk ni cuma nieyl hanya akan beli Jeruk Pak Ali dekat kedai ini sahaja. So, kali ni nieyl bawa semua pergi memborong dekat sini sebab masing-masing memang tak sabar nak memborong ya. 

Kenapa nieyl suka beli dekat sini sebab dekat sini kedai dia bersih, besar, makanan tersusun cantik dan kaunter banyak, lepas tu tak bersesak dengan orang ramai. Dan yang paling nieyl suka sebab dia ada jual macam-macam makanan IKS bukan sahaja jeruk tau. 

Kalau nak beli jeruk, dia dah susun elok-elok jeruk apa yang kita nak. Ada yang mix, ada yang satu jenis, satu jenis. Ada bungkus besar, ada bungkus kecil, korang boleh pilih sendiri dan banyak pilihan. Masing-masing masuk bawa sorang satu bakul tau..kecuali nieyl tak bawa sebab nak beli rempeyek sedap 3 bungkus je untuk bos². 

Masa ni dah sesi membayar masing-masing , masalahnya korang berplastik-plastik mak nieyl beli ok.. Bukan main seronok lagi dia membeli , semua dia ambil dan mak bayar sendiri hihihi.total mak punya barang dekat RM200 korang tau hahaha..
Yang kelakarnya kan..masing-masing bila dalam kedai macam tak cukup tangan nak ambil barang tau. Bila semua barang dah masuk dalam kereta, kitaorang sewa kereta vellfire faham-faham jela mana ada ruang besar nak letak barang. Dalam kereta, barulah masing-masing cakap macam mana nak bawa balik eh..kita naik flight hahahaha...nieyl ketawa je la..ha..pandai-pandai lah korang nanti nak sumbat...

Tapi nasib baiklah naik MAS tau..20kg, 1 bag pakaian besar tu kitaorang kosongkan, kitaorang letak semua jeruk-jeruk yang dieorang beli tu, rempeyek sedap tu dan macam-macam makanan lagi..Lepas tu timbang, 22kg hahahaha...nasib baik masa timbang dekat airport tu kita campurkan semua sekali so lebih tak ada kena bayar. hihihi.. 

Begitulah ceritanya...sebelum shopping, tengok kita naik apa ya hehehe

8 comments:

  1. macam Aruz lah...takde bonet...stress pula kalau nak shopping2..Alhamdulillah, sekarang husband dah beli box, boleh sumbat macam2...kiiki

    ReplyDelete
  2. jeruk pak ali mmg wajib kalo pegi penang hehehe

    ReplyDelete
  3. Aduhhhh post ni buat terliur betul ni Nieyl. Lama tak rasa jeruk Pak Ali ni.

    ReplyDelete
  4. Kalau pi penang memang kena beli jeruk ni.

    ReplyDelete
  5. Sedapnye jeruk lgi lagi kalau dapat makan jeruk pelam sejuk2. Wahhhh syok betoll yee

    ReplyDelete
  6. Ini saya belum coba. THN lalu ke Penang berkali2 lewat toko jeruk pak Ali. Tapiiii kenapa saat itu tak beli, Krn saya lupaaaa kak, kalo dlm BHS Malaysia jeruk means manisan. Sementara BHS Indonesia jeruk means Orange 🍊🤣🤣. Krn itulah saya tak nak beli . Nantilah ke Penang lagi wajib beli 😄.

    ReplyDelete
  7. pernah gi kedai ni..memang kemas tersusun je..senang nak membeli

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)