Daftar Air Percuma Selangor Sekarang | Berita baik untuk rakyat negeri selangor. Kerajaan negeri akan meneruskan program bantuan air percuma Selangor 2019 yang lebih dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan. Kepada pengguna dan penduduk Selangor yang berpendapatan isi rumah RM4000 dan ke bawah boleh daftarkan permohonan sebelum 31 Disember 2019 ini.
Dato Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, proses itu bagi mengumpul dan mengemaskini data pemohon yang layak melalui semakan LHDN. Semakan akan bermula selepas tempoh pendaftaran ditutup. Manakala keputusan permohonan akan dimaklumkan selewat-lewatnya penghujung Februari 2020 iaitu sebelum pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan yang akan bermula pada 1 Mac 2020.
Kepada yang ingin membuat permohonan boleh buat secara dalam talian sesawang Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my
Cepat-cepat mohon, mana tahu ada rezeki..
..
menarik sangat ni. semoga membantu mereka yg memerlukan :)
ReplyDeletewow!
ReplyDeletesemakin byk kemudahan kpd golongan ni.
moga mereka bersyukur dan bekerja keras membangunkan negara :)
kita x layak..tp dah buatkan utk mak & mertua
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bolehlah yang berkelayakkan memohon..
ReplyDelete