10 December, 2019

Elakkan Makanan Ini Ketika Perut Kosong

Elakkan Makanan Ini Ketika Perut Kosong | Bila perut kita kosong, kalau nampak makanan tu semuanya kita nak makan kan, semua kita nak order..tapi sebenarnya tidak semua makanan tu sesuai di makanan ketika perut kosong. Mesti tak tahu kan?nieyl pun sama juga tak tahu..sekarang ni baru tahu, so jom nak share..


  1. Tomato
    Semua orang tahu yang tomato kaya dengan vitamin c, tetapi ianya tidak sesuai di ambil ketika perut kosong kerana asid tannic yang terdapat dalam tomato mampu meningkatkan keasidan di dalam perut dan boleh menyebabkan masalah gastik.

  2. Yogurt
    Untuk pengetahuan semua, 1-2 selepas makan adalah waktu terbaik untuk makan yogurt. Bukan dengan perut kosong tau. Bakteria Asid laktik yang ada dalam yogurt bermanfaat kesihatan, tetapi ketika perut kosong asid laktik tidak berkesan malah membunuh bakteria asid laktik dalam produk susu dan keasidan.
  3. Makanan Pedas
    Kebanyakkan orang asia lagi-lagi kita yang melayu ni kan, pagi-pagi mesti akan makan makanan yang pedas baru ade urmmppp kan.Tetapi apabila kita menjamah makanan pedas ketika perut kosong, kita akan rasa kerengsaan pada perut dan akan menyebabkan tindak balas asid dan kekejangan.
  4. Manisan/gula
    Pagi-pagi selalunya kita dihidangkan dengan kuih muih yang manis-manis kan, lagi manis lagi sedap. Tahu tak korang, yang gula sebenarnya sangat mudah untuk dicerna. Akan tetapi jika kita mengambil makanan bergula ketika perut kosong tubuh manusia tidak dapat mengeluarkan insulin yang cukup untuk mengekalkan tahap normal dan akan menganggu keseimbangan asid alkali.
  5. Minuman berkarbonat
    Pengambilan minuman berkarbonat ketika perut kosong boleh terkena kanser esophageal. Apabila terlalu banyak pengambilan minuman berkarbonat boleh meningkatkan asid dalam perut dan menyebabkan hakisan.
  6. Pear
    Pear mempunyai serat mentah dan boleh merbahaya membran mukus yang halus dan akan menyebabkan sakit perut kalau makan pear ketika perut kosong. Jika nak juga makan buah pear ketika perut kosong, dinasihatkan makan bersama bijirin ataupun oat.

4 comments:

  1. tq, nieyl.
    aida ni kekadang belasah jer :)
    kena jaga jugak ekk.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kongsi info. kadang takda nya nak amek kesah, main bedal ja. huhu. saya la tu ^_^

    ReplyDelete
  3. Owh.. info yang bagus.. Baru tahu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)