12 December, 2019

Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Best

Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Best | Dah lama nieyl tak pergi short vacation dengan family husband. Alhamdulillah hujung bulan November 2019 yang lepas ni, kitaorang sekeluarga pergi vacation. Cuba teka dekat mana?hehehe...dekat Kuala Lumpur. Walaupun dekat tapi moment yang kita dapat tu sangat berharga nilainya.

Hampir 2 ke 3 bulan juga merancang short vacation ini tau, sebabnya adik ipar nieyl menetap di Kedah, jadi kami di sini kena ikut date dia lah. Kami memilih Hotel Tamu And Suites Kuala Lumpur ini sebabnya pemandangan bandar Kuala Lumpur yang cantik, berdekatan dengan Kampung Baru dan jua dekat dengan train.


Sebelum nieyl share dengan korang aktiviti yang nieyl buat sepanjang berada di Kuala Lumpur. Nieyl nak share Suite yang kitaorang duduk semalaman. Kalau korang tengok harga di website memang telan air liur tau, nasib baiklah adik ipar nieyl grab time Matta fair, bolehlah berjimat banyak tau korang.


Pada asalnya memang beli voucher untuk standard room tapi kitaorang upgrade bilik untuk dapatkan Two Bedroom Suite kami bayar lagi RM190 so, total RM380. Kira oklah sebab kalau normal price harga dia antara rm700-800 tau..seram tengok price dia..hehehe..

Dah-dah jom nieyl share gambar-gambar Two Bedroom Suite dia, actually kan korang gambar ni di snap time nak check out tau, gigih kemas okay. Sebabnya time check in tu masing-masing terlupa nak snap,jadi kalau nampak katil tu comot-comot tu sorry la yaa...


Ruang tamu untuk bersantai bersama keluarga, kalau selak langsir tu ada balkani tau..
boleh nampak Kuala Lumpur dan kampung baru juga.


Nieyl kalau pergi mana-mana mesti risau kalau tak ada seterika..
Di hotel tamu ni korang tak yah risau, di sediakan bersama iron board hihihi


Small kitchen sesuai untuk kita yang berkeluarga kecil dan sederhana. Korang boleh juga
masak kalau malas nak keluar makan dekat luar tu. Macam nieyl hari tu memang tak masak,
sebab jadual penuh kekeke


Ini bedroom pertama
Ada almari pakaian yang besar, ada juga peti besi untuk kita simpan barang-barang berharga.


Sudut untuk ke bilik air
Kemas, bersih dan besar


Bedroom ke-2


Bilik air bedroom ke-2

Selain suite yang best, Hotel Tamu juga ada pemandangan yang cantik di area swimming pool tau. Nak tengok tak?sabar ya...nanti nieyl update entry seterusnya..stay tuned :P . Untuk nieyl sekeluarga memang puas hati dengan penginapan di Hotel ini. Korang pun boleh cuba menginap di sini juga okay. Best sesekali menginap di Kuala Lumpur yang terkenal dengan kesesakan. 😵

TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur
120 Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300, Kuala Lumpur

 +603 2603 1999
 +603 2603 1777
 info@tamuhotel.com

6 comments:

  1. Nanti kalau pergi KL,boleh lah Rabia sekeluarga menginap di hotel ni

    ReplyDelete
  2. menariknya Nieyl, selalu kak ana lalu lalang je depan Tamu hotel ni :)

    ReplyDelete
  3. rindunya nak pi kg baru. masa dok di AU3 Keramat dulu ada la lalu kat situ tp x singgah pun...

    ReplyDelete
  4. berbaloi la kan.
    if not, mahal!
    nice place.
    bersih. mesti syok je stay sini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)