27 December, 2019

Pusing-pusing Kuala Lumpur Naik Train

Pusing-pusing Kuala Lumpur Naik Train | Walaupun duduk di Selangor, yang orang kata paling hampir dengan Kuala Lumpur tetapi jarang ataupun fikir dua kali untuk ke sana sebabnya kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur semua orang sedia maklum. Jadi, sesekali holiday di Kuala Lumpur ni kita akan gunakan pengangkutan awam untuk elakkan pembaziran masa dan duit hihihi


Sementara nak tunggu semua orang turun ke lobi, kita berselfie dulu area lobi Tamu Hotel ni. 


Adam dan Ellsa bersama maklong 


Adik ipar nieyl yang sebaya dengan nieyl aka kawan sekolah


With mother in law nieyl 


Masa ini dah separuh jalan nak ke stesen train kampung baru, kami jalan kaki je sebab dekat je Hotel Tamu dengan Kampung baru tu. Sempat snap gambar berempat sebagai kenangan. 


Sementara tunggu train sampai,wajib bergambar dulu lepas tu sent dalam group family kasi bakar line adik ipar seorang tak dapat jon hehehe.. ::P


Stroller ada satu je, kadang-kadang sumbat sekali 3 dalam tu bila masing-masing dah penat berjalan 


Walaupun anak-anak tidak memberi kerjasama yang baik tapi mommy² tetap nak bergambar juga hahaha..


Kami naik train dari kampung baru ke KLCC je, 1 stesen je..saja nak jalan-jalan sambil nak pergi tengok air pancut KLCC tu.


Time ni best sebab sambil tengok air pancut berlampu bergerak mengikut musik yang dimainkan. Budak-budak pun teruja lagi-lagi adam dia suka tengok lampu. Kalau korang nak tahu, sekeliling kolam ni manusia ramai ya amat. Pelancong pun ramai juga, ada juga yang bawa family , remaja jangan cakap la, KLCC kot memang port dieorang lepak-lepak ni. 


Masa ni masing-masing dah kepenatan dah, ada yang berdukung, ada yang nak suruh didukung..Kami bertiga pun penat juga tapi kalau depan camera automatik senyum sampai telinga hahaha..


Dalam train nak balik ke Hotel dah time ni, kami bertiga akan tua sama-sama sebagai satu keluarga hahaha..


Wan bersama cucu-cucunya


Jarang-jarang naik train, macam ni lah gambar dalam train 


Adam dan ellsa sentiasa teruja naik train..

Walaupun hanya 1 malam di Kuala Lumpur, perasaan seronok dapat luangkan masa bersama keluarga itu sangat berharga. Penat tapi seronok .. InsyaÁllah next dalam list, kami akan ke Kundasang dan kota konabalu hujung tahun 2020, Tiket pun dah beli, sekarang nak kena menabung untuk duit jalan-jalan pula..




5 comments:

  1. Kadang-kadang memang syok dapat tengok pemandangan di KL... Yeah! Hari tuh LeYa dan keluarga pun bermalam di Hotel Tamu tu.. Memang mudah kan.. Dekat dengan banyak tempat

    ReplyDelete
  2. dah lama teringin nak bawak anak2 naik train.. maybe sesekali bila turun KL boleh plan naik train ngan anak2.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Masa gi KL ari tu pun dari Dengkil kami naik kereta. Parking dkt LRT Sg Besi n ambik LRT ke Sogo. X kuasa nak memandu di KL biarpun ambil lesen di Wangsa Maju. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Wah best tu nak ke kundasang. Antara tempat dlm malaysia yang cantik view dia. Selamat menabung nieyl.

    ReplyDelete
  5. Wah.. bestlah anak-anak dapat jalan-jalan naik train..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)