03 January, 2020

Ujian Dan Dugaan 2020

Ujian Dan Dugaan 2020 | Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua. Hari ni dah hari ke 3 di tahun 2020 kan,syukur Alhamdulillah kita masih lagi di berikan peluang bernafas di muka bumi Allah ini. Biasanya bila tiba tahun baru, setiap kali itu juga kita ada azam baru yang nak kita capai. Sama juga seperti nieyl, cumanya permulaan untuk tahun baru ni tidak seindah tahun-tahun yang lepas. 

Pada mereka yang ada follow nieyl di facebook atau instagram mesti dah tahu. Pada 2 Januari 2020 secara rasminya nieyl jadi penganggur sementara. Sayang sangat sebab dah 10 tahun menabur bakti, tak sangka 2019 merupakan tahun yang terakhir berkhidmat. Tipu lah kalau cakap tak sedih kan, tapi apa kan daya, kalau orang dah tak sudi. (kecewa) 


Pada awalnya nieyl agak down juga la sebab cara penamatan tu pada nieyl so kejam iaitu beberapa hari sebelum tahun baru, Tapi tak apa la, nieyl percaya pada rezeki Allah ada di mana-mana, Mungkin Allah nak beri nieyl rezeki yang lebih baik dari tempat lama, siapa tahu kan. 

Untuk sementara ni, nieyl masih duduk di rumah teman mak nieyl, sambil buat kerja - kerja online tu cari kerja juga. Yela kita dah biasa kerja kan, so dekat rumah pun memang sebolehnya nak online juga. Nampaknya lepas ni nieyl lebih rajin update blog la ni..hehehe...

Harapan nieyl semoga keputusan temuduga hari tu menyebelahi nieyl kalau ada rezeki. Korang doakan untuk nieyl ya...

13 comments:

  1. Waalaikumussalam. Semoga dipermudahkan segala urusan nieyl dan dilimpahkan rahmat serta rezeki pekerjaan yg lebih baik. Aamiin

    ReplyDelete
  2. insyaAllah ada rezeki lain utk nieyl..cik nor pun dah 6 bln menganggur ni..huhu

    ReplyDelete
  3. bersabar lah nieyl setiap ujian tu ada hikmah insyaAllah Allah nak ganti yang lebih dari jangkaan.. percaya lah

    ReplyDelete
  4. allahu.. semoga Allah murahkan rezeki utk dapat kerja cepat2 ye sis

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  5. Allahu.. semoga dipermudahkan urusan nieyl. semoga cepat2 dapat kerja baru..

    ReplyDelete
  6. semoga keputusan temuduga hari tu menyebelahi nieyl kalau ada rezeki.

    ReplyDelete
  7. semoga tahun 2020 akan menjadi lebih baik dari tahun yg sudah, insyaallah rezeki tidak salah alamat

    ReplyDelete
  8. Allah.. Sha doakan semoga apa pun dugaan mendatang Nieyl kuat menghadapinya.. semoga Allah permudahkan semua urusan Nieyl..

    ReplyDelete
  9. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Nieyl untuk tahun 2020 dan tahun seterusnya

    ReplyDelete
  10. moga ada rezeki utk nieyl.
    moga berjaya la inteviu tu ye. and kembali bekerja.
    jadikan ia sebagai pemula yg indah, nieyl.
    lembaran baru. nafas baru :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)