10 January, 2020

Virus Influenza kian merebak

Virus Influenza kian merebak | Setiap hari kita baca surat khabar pasti akan ada kes-kes terbaru yang melibatkan virus Influenza yang kini semakin merebak menyerang terutamanya pada kanak-kanak. Keadaan ini amat membimbangkan apabila ramai yang telah dijangkiti, ni kerana ia mudah berjangkit melalui titisan cecair pernafasan melalui batuk dan bersin. 

Sekiranya anak-anak yang mempunyai influenza, ibu bapa harus bersikat tanggungjawab kuarantin mereka di rumah dan tidak perlu di hantar ke sekolah mahupun taska. Sebaiknya todak berada di tempat awam yang lebih mudah virus itu disebarkan kepada orang lain. 


Influenza terbahagi kepada 3 iaitu Influenza A adalah yang lebih kuat berbanding Influenza B dan C.

Antara simptom Influenza A ;-
  • Demam dan mengigil
  • Demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
  • Sakit kepala dan otot
  • Sakit tekak dan batuk 
  • Selsema
Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah. Jadi ibu bapa mohon lebih peka terhadap anak-anak jangan ambil mudah juga demam. 

Sila dapatkan rawatan hospital dengan segera sekiranya :-
  • Sesak nafas
  • nafas laju
  • Demam tinggi yang berpanjangan 
  • Kulit kelihatan kebiru-biruan
  • Kanak-kanak tidak mahu makan atau minum
  • Bayi dehidrasi kerana kurang minum (lampin kering, menangis tiada air mata)
Untuk dewasa pula simptomnya seperti :-
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Kebingungan
  • Muntah-muntah yang berpanjangan
  • selsema berkurangan tetapi demam dan batuk datang semula
Rawatan bagi Influenza A adalah :-
  • Rehat di rumah
  • Kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
  • makan jika rasa ada selera, sebaliknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
  • Ambil ubat ahan sakit yang dinasihatkan doktor

jadi, sama-sama kita cegah penularan #influenza


8 comments:

  1. semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik :)

    ReplyDelete
  2. agak membimbangkan juga kan Nieyl :0 perkongsian yang baik sangat ni

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan kita dalam menghadapi ujian ni. aamiin

    ReplyDelete
  4. Risau pula sekarang ni. Macam-macam penyakit nak-nak sekarang ni baru je lepas demam

    ReplyDelete
  5. seram jugak bila baca berita sebab setiap hari makin meningkat jumlah mangsa pesakit influenza ni.

    ReplyDelete
  6. Semoga dijauhkan kita dari virus ni..cukup la akak pernah kena dulu..

    ReplyDelete
  7. tq 4 info.. semoga dijauhkan dari penyakit ni..

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua tehindar dari virus ini.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)