Wishlist 2020 nieyl | Setiap kali masuk tahun baru, setiap kita pastinya mempunyai azam yang baru yang hendak di capai pada tahun ini. Specialnya pada tahun kali ini adalah tahun 2020 yang ketika kita masih kecil lagi di ingatkan tentang wawasan 2020 betul tak...sungguh tak sangka hari ini kita berada di tahun 2020 itu.
Belum terlambat rasanya nieyl nak share azam dan wishlist yang nieyl nak capai pada tahun 2020 ini. Cuma apa yang kita harapkan hanyalah perancangan, yang menentukan adalah Allah swt. Nak tahu tak apa wishlist untuk 2020 ni? meh nak share...scroll bawah..
- Memiliki domain blog dengan menggunakan nama sendiri.⇨Syukur Alhamdulillah semua sedia maklum, wishlist nieyl yang ini telah berjaya dan Allah dah permudahkan. www.nieylanadia.com
- Mendapat kerja tetap⇨Untuk awal tahun 2020 ini, nieyl masih lagi berehat dari bekerja. Dan masih lagi mencari kerja. Sebolehnya nieyl nak dapat kerja yang tetap supaya ianya lebih menjamin masa depan nieyl dan keluarga. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan nieyl dan murakan rezeki..Amin
- Menjadi manusia yang lebih baik dari segi rohani dan jasmani⇨Kita bukanlah manusia yang sempurna tetapi tidak salah kalau kita sentiasa nak jadi yang terbaik dan yang lebih baik. Allah suka..Semoga Allah sentiasa lindungi dan luaskan pembukaan hati dan jiwa nieyl untuk mudahkan perjalanan nieyl Amin.
- Menjadi seorang ibu⇨Ini wishlist yang nieyl bawa dari tahun 2012, semoga tahun 2020 ini Allah beri rezeki zuriat pada nieyl dan husband..korang amin kan yaaa...
- Melancong ke Kundasang dan Hatyai⇨tu diaa..memang dalam perancangan nieyl nak ke kundasang pada bulan nov ni harapnya semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.. Hatyai tu dah lama sangat nak pergi, kena kerja dulu baru dapat kumpul duit pergi melancong.
- Memiliki second house⇨Ini memang menjadi target sekiranya nieyl berjaya lulus dalam Interview hari tu. Walaupun nieyl dah ada rumah tapi sebolehnya nieyl nak hasil dari kerja nieyl sendiri bukan dari pemberian mak ayah nieyl. Doakan juga untuk nieyl okay
- Proton X70⇨Sejak proton memperkenalkan proton X70 ini memang menjadi idaman nieyl untuk memilikinya. Tapi itu kalau dah stabil kewangan nieyl la..so tak salah kita letak ianya salah satu wishlist kita, manaah tahu kalau Allah beri lebih rezeki pada nieyl kan..hehehe..Amin
Ok nieyl rasa cukuplah setakat itu sahaja, tak perlu nak banyak-banyak sebab nanti tak tercapai pun. Kita listkan apa yang kita rasa kita mampu nak tunaikan. Apa sahaja azam atau wishlist korang, nieyl doakan semoga pada tahun 2020 ini akan menjadikan kenangan manis dalam hidup kita semua. Amin
Sha doakan semoga semoga semua wishlist Nieyl akan Nieyl perolehi.. Aamiin..
ReplyDeletesemoga impian awk tercapai.. insyaAllah.,. =)
ReplyDeleteInshaAllah Nieyl..selagi berusaha dan berdoa..ada rezeki hujungnya.Aamiin.
ReplyDeleteSemoga semua wishlist nieyl tercapai.. Semoga Allah permudahkan impian nieyl untuk memiliki zuriat yg soleh dan solehah..
ReplyDeletekak doakan semoga setiap perkara di dalam wishlist nieyl akan tercapai dan diperkenankan permintaan itu oleh-Nya. aamiin
ReplyDeletemoga semua dimakbulkan Allah.
ReplyDeletejgn berhenti berdoa ye.
terutama utk wish no 4 - anak.
aminnn...
Insha Allah moga dipermudahkan untuk mencapai impian akk..Aminn
ReplyDeletein sya Allah... aamiin...semoga semuanya dimakbulkan Allah...
ReplyDeletetambah2 yg no 4 tu. Adik Ayu..7 tahun lebih, alhamdulillah...tahun lepas dpt baby dah.
Kenapa memiliki Proton X70 ni penting?
ReplyDelete