Cendawan Tiram Tumbuh Dalam Rumah | Sejak-sejak jadi suri rumahtangga ni terlebih rajin sikit nak tanam itu tanam ini, sebelum ni nieyl dah share nieyl tanam pokok bayam brazil kan. Hari ini nieyl nak share pula pasal cendawan tiram. Actually, nieyl dah beli bongkah ni sebelum berhenti kerja lagi, asalnya saja-saja je nak cuba buat sendiri untuk makan sendiri, so belilah 2 bongkah untuk percubaan.
Tadaa..ini gambar fresh pagi tadi bangun tidur terus pergi tengok cendawan, serius besar-besar weh. Geram tengok. Dia jadi sebesar ni hanya 1 malam sahaja, percaya tak?ya..nieyl pun macam tak percaya. Ini kali kedua nieyl tuai ni, yang sebelum ni hanya 1 bongkah je yang berhasil. Mak nieyl pun teruja juga sampai suruh nieyl beli lagi bongkah.
Kalau ada yang tanya susah ke nak jaga?Sebenarnya tak susah pun yang penting bila dah matang, kita korek bagi buang putih-putih dalam bongkah tu, tutup semula dalam masa 3 hari, buka tutup dia dan tunggu la dia keluar untuk jadi cendawan. Begitulah sehingga 7x dan jangan lupa spray sehari 2 kali untuk dia sentiasa lembab. Oh ya, bongkah-bongkah ni tak boleh letak di luar ataupun kawasan yang panas ya, dia kena letak di tempat yang lembab. Macam nieyl, letak dalam rumah saja, nak spray pun senang.
Kebaikan cendawan..
- Tiada bahan kimia
- Tiada buangan haiwan
- 100% organik Taman tertutup
- Amalan kebersihan dalam penanaman
- Khasiat tinggi
- Pemakanan sihat
- Sesuai untuk diet sayur
- Disukai kanak-kanak
Untuk kali kedua ni, mak nieyl buat masak sup bersama ubi kentang. Alhamdulillah rasa fresh sangat cendawan yang baru di petik. Di bawah nanti nieyl akan share dekat mana nieyl beli bongkah cendawan ni okay..
Shopee : Abang Lanjak
puas hati kalo tanam sendiri..
ReplyDeletegemuk2 plak cendawan tu..
goreng celup tepung sedap ni..
buat sup pon sedap.. nyummy!
Beli kat mana? Mahal tak?
ReplyDeletewow
ReplyDeleteAlhamdulillah.Terbaiklah Nieyl.
ReplyDeleteWahhh, Nieyl dah berhenti kerja ye. Seronok la tak payah ikut office hour.
ReplyDeletebestnya.. Nak kena cuba jugak ni. ^^
ReplyDeletealahai..mudah kalau nk makan cendawan.. lagi la kalau dapat yang fresh gini
ReplyDeleteGoreng celup tepung pun sedap
ReplyDeleteSebelum ni akak ada buat gak..2-3 kali tuai hasil..pas tu takde kuar pape dah..nanti nak beli lagi la..haha
ReplyDeletegoreng sedap ni :)
ReplyDeleteya Allah, saiz besar tu best nya buat makan ^_^
ReplyDeleteramai jugak yg bela cendawan gini, nieyl.
ReplyDeleteberbongkah2. menarik.
segar.
cantik plak tu, kan.
cendawan tiram ni memang feveret aida.
sup.
sayur campur.
tomyam.
goreng tepung.
Sedapnya.. Nak cuba jugalah.. Best bila dapat tuai hasil tanaman..
ReplyDeletemy fav ni..mushroom!!!
ReplyDelete