Showing posts with label Hasil Sayur Tanaman Mini Kebun. Show all posts
Showing posts with label Hasil Sayur Tanaman Mini Kebun. Show all posts

13 August, 2026

Pagi ni tuai sikit hasil kebun mini

by on August 13, 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi
Pagi ni tuai sikit hasil kebun mini
Bangun pagi, siram pokok, terus dapat "rezeki". 

Pak Choy dapat satu bakul kecil..
kangkung dan daun bawang..
Tak banyak.
Tapi semua ni dari tangan sendiri. 
Dari biji benih, siram hari-hari, kena panas hujan... 
akhirnya boleh masak..
Rasa puas tu lain macam. 
Alhamdulillah untuk rezeki sekecil ini 🤍


Kangkung dah 3x tuai..Alhamdulillah..


Daun bawang pun dah banyak kali juga tuai..

Sekarang ini nieyl dalam proses pembersihan..
sebab plan nak tanam baru..
cuma tak pasti nak tanam sayur apa lepas ni..
nanti nieyl share lagi..

24 February, 2026

Pokok Cili Tepi rumah

by on February 24, 2026

 

Pokok Cili Tepi rumah | Kawasan rumah nieyl dulu memang banyak kawasan kosong tapi bila ayah dah bina rumah anak-anak dia kawasan yang luas tu dah tak ada. Kalau macam rumah nieyl kawasan yang ada tanah hanya tepi rumah nieyl sebelum pagar rumah jiran nieyl. 

Disebabkan kawasan terhad jadi ayah nieyl dia tanam pokok cili dalam tong cat yang lama.  Rasanya adalah dalam 6 pokok cili yang ayah nieyl tanam. Ayah susun tepi pagar. 

Sekarang ini pokok cili dah berbunga dan berbuah. Banyak sangat meriah tengok tapi ada juga yang dibiarkan di pokok untuk dijadikan benih nanti. Tapi itulah ada sebahagian pokok ni dah ada benda yang putih-putih tu yang boleh rosakkan pokok, nieyl dah beli spray racun serangga khas untuk tumbuhan sayur dan buah. Tak sampai lagi, nanti dah sampai kena spray..

Hari tu nieyl kerajinan tanpa di minta , pergi petik cili api dekat semua pokok. Cili ni pedas tau, kalau nak masak berlada tu ha sesuai guna cili ni, baru terangkat kepedasannya. 

Nieyl juga ada beli anak pokok daun limau purut dekat tiktok, nanti nieyl tunjukkan..Ayah nieyl dah pindahkan ke tong cat harapnya dia membesar dengan baik ..

13 February, 2025

Mak Pergi Menuai Hasil Tanaman

by on February 13, 2025

 

Mak Pergi Menuai Hasil Tanaman | Mak nieyl ni dia suka tanam pokok-pokok bunga dan pokok yang boleh buat sayur dekat rumah. Biasanya kalau pucuk ubi tu kalau nak makan tu, insyaÁllah memang akan sentiasa ada. Sebab kalau nak beli dekat pasar tu boleh tapi kadang-kadang tua-tua betul tak, kalau yang kita tanam sendiri ni muda-muda buat ulam pun sedap.  

Minggu lepas mak nieyl menuai belimbing buluh dapatlah segenggam dan nieyl ambil sikit untuk masak dalam asam pedas nieyl dan sebelihnya mak bagi dekat kakak nieyl.

Yang kedua mak nieyl ambil Terung pipit dapat 1 plastik, yang ni mak sedekah dekat jiran sebab mak nieyl kata kita dah biasa makan kali ni sedekah untuk orang lain rasa pula hasilnya. Alhamdulillah..

Pagi tadi mak nieyl cakap, nak tanam pokok terung pula, lepas tu pokok bendir yang ada ni dia nak cabut dan nak tanam lain sebab pokok bendir ni dah tua. Nieyl ok je mak nak tanam apa pun janji dia suka betul tak.

23 September, 2024

Hasil Berkebun Mak

by on September 23, 2024

Hasil Berkebun Mak | Mak nieyl memang suka tanam-tanam ni, jadi bila kakak nieyl dari KL tu balik kampung, dia akan petik hasil-hasil kebun dia untuk kakak bawa balik KL. Mak tanya kalau dekat KL tu mahal, sesekali balik kampung ni ambil bawa balik KL. Macam baru ni kakak nieyl balik sekejap, mak petik kan pucuk ubi dan daun kunyit lebar-lebar untuk kakak bawa balik KL. Rezeki berbakti pada tanah..


 

15 January, 2020

Cendawan Tiram Tumbuh Dalam Rumah

by on January 15, 2020
Cendawan Tiram Tumbuh Dalam Rumah | Sejak-sejak jadi suri rumahtangga ni terlebih rajin sikit nak tanam itu tanam ini, sebelum ni nieyl dah share nieyl tanam pokok bayam brazil kan. Hari ini nieyl nak share pula pasal cendawan tiram. Actually, nieyl dah beli bongkah ni sebelum berhenti kerja lagi, asalnya saja-saja je nak cuba buat sendiri untuk makan sendiri, so belilah 2 bongkah untuk percubaan.


Tadaa..ini gambar fresh pagi tadi bangun tidur terus pergi tengok cendawan, serius besar-besar weh. Geram tengok. Dia jadi sebesar ni hanya 1 malam sahaja, percaya tak?ya..nieyl pun macam tak percaya. Ini kali kedua nieyl tuai ni, yang sebelum ni hanya 1 bongkah je yang berhasil. Mak nieyl pun teruja juga sampai suruh nieyl beli lagi bongkah. 

Kalau ada yang tanya susah ke nak jaga?Sebenarnya tak susah pun yang penting bila dah matang, kita korek bagi buang putih-putih dalam bongkah tu, tutup semula dalam masa 3 hari, buka tutup dia dan tunggu la dia keluar untuk jadi cendawan. Begitulah sehingga 7x dan jangan lupa spray sehari 2 kali untuk dia sentiasa lembab. Oh ya, bongkah-bongkah ni tak boleh letak di luar ataupun kawasan yang panas ya, dia kena letak di tempat yang lembab. Macam nieyl, letak dalam rumah saja, nak spray pun senang. 

Kebaikan cendawan..
  • Tiada bahan kimia
  • Tiada buangan haiwan
  • 100% organik Taman tertutup
  • Amalan kebersihan dalam penanaman
  • Khasiat tinggi
  • Pemakanan sihat
  • Sesuai untuk diet sayur
  • Disukai kanak-kanak


Untuk kali kedua ni, mak nieyl buat masak sup bersama ubi kentang. Alhamdulillah rasa fresh sangat cendawan yang baru di petik. Di bawah nanti nieyl akan share dekat mana nieyl beli bongkah cendawan ni okay..


Shopee : Abang Lanjak

06 January, 2020

Bayam Brazil dan khasiatnya

by on January 06, 2020
Bayam Brazil dan khasiatnya | Assalamualaikum, seharian kerja dekat kedai hari ini lepas tu balik dah penat, malam sebelum tidur baru ada masa sedikit nak update blog. Hari ni nieyl nak share dengan korang, nieyl ada tanam bayam brazil yang sekarang ni dah viral sana sini akan kebaikan dan khasiat dia. First tu nieyl dapat anak pokok pun dari boss sebelah bilik nieyl dulu, lepas tu nieyl ada juga beli lagi dekat shopee. Actually masa beli dekat shopee ni kena rajin dulu baca review orang sebelum membeli ya. 

Untuk nieyl masa nak beli anak pokok bayam brazil ni lama juga nieyl survey cara pembungkusan dia, berapa harga anak pokok yang dia jual, dan boleh compare dengan peniaga lain yang jual anak pokok yang sama dan last sekali review dari customer.  Selepas dah puas hati tu, baru nieyl contact seller tu untuk tanya stok ada atau kena pre order. Kebetulan seller kata ready stock nieyl terus beli. 


Nampak tak pasu yang comel tu, okay yang itu sebenarnya dari seller shopee yang nieyl beli tu kalau tak silap nieyl ada 3 pasu, anak pokok dalam tu banyak juga. So, bila dah dapat anak pokok tu haruslah kita pergi beli pasu yang lebih sesuai dan tanah untuk semai anak pokok bayam brazil tu. Yang pastu besar tu, anak pokok yang boss nieyl bagi dan naik tinggi dah. Daun dia lebar-lebar kan.


Bekas pasu yang jenis panjang ni nieyl beli dekat eco je RM2.10 dan tanah pun murah 1 beg tu RM2.00 . NIeyl beli dua sebab anak pokok tu banyak. Jadi nieyl semaikan dia dalam 2 pasu panjang ni.


Tapi kalau tengok tanah nieyl tu kurang, kena tambah lagi satu beg baru cantik. Dan kalau nak semai pokok brazil ni dia cantik kalau tanam rapat-rapat sikit okay. Yang ni first time nieyl buat so, next time nieyl akan tanam lebih rapat sikit, jadi bila dia membesar tu nampak sangat cantik hehehe..



Selepas sebulan inilah hasilnya walaupun tak banyak tapi bolehlah di buat masak sayur dan juga ulam.


Contoh baru ni nieyl masak campurkan barsama kobis tapi nieyl rasa lepas ni kalau tuai lagi nieyl nak cuba buat ulam pula sebab ramai yang kata buat ulam sedap. Nanti nieyl share apa rasanya bayam brazil makan mentah ya. 

ok jom nieyl share kebaikan dan khasiat bayam brazil untuk kesihatan kita.
  • Melawan kanser
  • Mengekalkan kesihatan mata
  • Salah satu sumber vitamin K
  • Menguatkan tulang
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Meningkatkan sistem imuni badan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mengelakkan dari sembelit
  • Membantu melancarkan darah
  • Mencegah Anemia
  • Mengatasi masalah gusi
  • Nutrisi yang baik untuk pembesaran
  • Mengelakkan stamina
  • Mengelakkan kesihatan mulut
  • Mencegah menuaan pramatang
  • Mengelakkan kesihatan ibu mengandung.
Senang cerita, bayam brazil ni adalah tanaman yang sangat baik dan bagus untuk tubuh badan kita. Jadi, jom lah sama-sama nieyl kita tanam bayam brazil dekat rumah. Ianya mudah dan senang di jaga dan di tanam. Cucuk-cucuk je Insya'Allah hidup. 

Ok korang, itu je nieyl nak share malam ni..Insya'Allah ada masa nieyl update lagi okay...Assalamualaikum... 





05 November, 2018

Hasil Tanaman Kacang Botor

by on November 05, 2018
Hari tu nieyl dah share dengan korang hasil tanaman nieyl pokok bendir kan, so hari ini nieyl nak share satu lagi pokok tanaman yang di tanam di keliling rumah nieyl. Korang mesti kenal pokok apa ni kan..


Ini pokok kacang botor ataupun orang panggil kacang botol. Kebelakangan ni hujan panas setiap hari Alhamdulillah hasilnya korang boleh tengok berbuah tak berhenti. Yang bestnya bila terasa nak makan buat ulam, just keluar rumah petik , cuci dan boleh makan dengan sambal belacan uolls.. Tak payah dah nak beli dekat kedai.

Dan lagi satu, bila kita tanam sendiri tanpa sebarang baja bila makan rasa dia sangat fresh dan sedap.  Selain dibuat ulam makan bersama sambal belacan, kacang botol ni juga korang boleh buat kerabu tau..pun sedap juga rangup-rangup gituu..


Ini hasil yang nieyl petik pagi sabtu yang lepas, fresh tau nieyl buat ulam sahaja. Ha..nampak tak kenapa kulit muka nieyl bersih dan licin je..hahaha..sebab banyak makan makanan yang fresh dari tanaman sendiri..hehehe..kononnya..hihihi.. 

Alhamdulillah, bila dah banyak hasilnya nieyl akan bawa bagi pada bos jiran sebelah bilik pejabat nieyl ni sebab dia pun selalu bagi nieyl hasil belimbing buluh dia tu.. Jangan lupa, berbakti pada tanah, ini lah hasilnya... ♥

17 October, 2016

Hasil Sayur Tanaman Mini Kebun

by on October 17, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hasil Sayur Tanaman Mini Kebun | Korang ada rasa tak kebuntuan nak masak sayur apa?Selalunya kalau memasak kena lengkap ada ikan/ayam dan sayur. So,biasalah kalau kita pergi kedai akan nampak sayur yang hijau seperti kangkung,bawam, sawi, kacang panjang pusing² sayur tu je kan. Boring kan. 

Beruntung kalau sesiapa yang duduk kampung atau bandar yang ada kawasan untuk bercucuk tanam nie, macam abg nieyl ni dia suka bercucuk tanam..sekarang nie dia tanam kailan dan pokok ubi.. Last week bila dah tak tahu nak beli sayur apa...kita pergi la dekat kebun sayur dia..hihihi... kita ambik kailan dengan pucuk ubi.


Pucuk ubi ini tak banyak pun abg tanam, untuk bagi semua rasa kena ambil ikut turn tau..hahaha..2 minggu sekali 1 rumah..so,this week nieyl dah ambil dulu dah. Nieyl rebus pastu buat masak tumis ikan bilis dengan cili api..peh!fav nieyl tu dari kecil lagi tu selain mak nieyl selalu celur pucuk ubi tu pastu cicah dengan sambal sardin..peh!sedapnyaaa...rindu masakan mak...


Orang kata kalau tangan nya sejuk, InsyaÁllah tanam apa pun lah akan hidup dengan subur dan segar. Abg nieyl tanam kailan nie gemuk² tau.. Yang nie pun nieyl tumis bersama udang..ada rasa manis² udang tu sikit, kailan yang di tanam nie dia rasa pahit² sikit tapi sedap rangup je makan dia. Lagipun kailan senang hidup..

Ha..sesiapa yang ada kawasan yang boleh bercucuk tanam tu,rajin² lah tanam pokok² sayur yang mudah hidup..sesak² ada juga sayur yang boleh di ambil dan di masak untuk dimakan sekeluarga kan.. :) jimat dah RM2 -5 duit beli sayur tau.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png