Hari tu nieyl dah share dengan korang hasil tanaman nieyl pokok bendir kan, so hari ini nieyl nak share satu lagi pokok tanaman yang di tanam di keliling rumah nieyl. Korang mesti kenal pokok apa ni kan..
Ini pokok kacang botor ataupun orang panggil kacang botol. Kebelakangan ni hujan panas setiap hari Alhamdulillah hasilnya korang boleh tengok berbuah tak berhenti. Yang bestnya bila terasa nak makan buat ulam, just keluar rumah petik , cuci dan boleh makan dengan sambal belacan uolls.. Tak payah dah nak beli dekat kedai.
Dan lagi satu, bila kita tanam sendiri tanpa sebarang baja bila makan rasa dia sangat fresh dan sedap. Selain dibuat ulam makan bersama sambal belacan, kacang botol ni juga korang boleh buat kerabu tau..pun sedap juga rangup-rangup gituu..
Ini hasil yang nieyl petik pagi sabtu yang lepas, fresh tau nieyl buat ulam sahaja. Ha..nampak tak kenapa kulit muka nieyl bersih dan licin je..hahaha..sebab banyak makan makanan yang fresh dari tanaman sendiri..hehehe..kononnya..hihihi..
Alhamdulillah, bila dah banyak hasilnya nieyl akan bawa bagi pada bos jiran sebelah bilik pejabat nieyl ni sebab dia pun selalu bagi nieyl hasil belimbing buluh dia tu.. Jangan lupa, berbakti pada tanah, ini lah hasilnya... ♥
segar! Hasil berbudi kepada tanah. banyak tu kak nieyl :)
ReplyDeletepuas hati kalau tanam sendiri ni.. nanti ada rumah sendiri harap2 tangan ada ong lahh tanam2 sayur nii hehehe
ReplyDeleterasa nya pahit buah sayur
ReplyDeleteseronoknya tengok dapat bercucuk tanam dekat rumah.. lepas ni nieyl nak bercucuk tanam pokok apa pulak? hehehe...
ReplyDeletesdap tu nieyl buat ulam..:)
ReplyDeleteSalam bertani.
ReplyDeletePaling suka ulam nie.. Boleh makan macam tu je, buat tumis dan juga buat kerabu.. Bubuh dalam nasi goreng pun sedap.. Pokok paling mudah nak hidup dan berbuah..
ReplyDeleteoh nama sbnrnya botor ye..selama ni panggil botol hehe
ReplyDelete