29 November, 2018

Hebat Betul Mulut Orang Kan

Assalamualaikum korang...putrajaya hujan lebat sekarang ini, Alhamdulillah dah beberapa hari panas mendatang, akhirnya Allah turun kan hujan membasahi tanah. Sebagai manusia, korang semua mesti pernah terdengar kata-kata orang yang bajet peramah tetapi muslihat dia menghancurkan hubungan sesama manusia. 


Kalau tengok contoh-contoh di atas tu, itulah realiti yang terjadi dalam masyarakat kita termasuklah kita ni sebenarnya. Kehebatan mulut orang ini mampu meruntuhkan masjid yang dibina, boleh melunturkan kepercayaan,kesetiaan dan lain-lain lagi tidak kira dalam persahabatan, kekekuargaan ataupun sesama manusia. 

Diri kita sendiri boleh menilai manusia itu sendiri. Kita digalakkan untuk berkawan sdengan semua orang, rambut sama hitam tetapi dalaman sifatnya belum tentu sama jadi, berhati-hati dalam berkawan, bersahabatan . Bila orang sampaikan sesuatu berita, cerita ataupun info..selidik dan fikir dahulu sebelum percaya 100% dan sebarkan. Bila berita atau cerita yang disebarkan tidak benar,ia boleh jatuh kepada FITNAH. Tahu kan hukum menfitnah ni apa kan..jadi, hati-hati . Sama-sama kita ingat mengingati ya..

2 comments:

  1. sekarang ramai macam tu..depan cakap lain belakang cakap lain

    ReplyDelete
  2. Betul sangat tu Nieyl.. sebab tu ada pepatah kerana mulut badan binasa.. bahayanya mulut..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)