27 November, 2018

Resepi Cucur Jagung Mudah dan Sedap

Dah lama nieyl tak share resepi masak memasak dalam blog, sendu sikit la kebelakangan ni bab memasak ni sebab kebanyakkan masakan nieyl dah share resepinya dalam blog.. Kali ini kiranya first time nieyl buat cucur jagung ni tau. Area rumah nieyl tu susah siki nak dapat jagung , dekat Aeon Big Alamanda pun nieyl cari tak ada. Mungkin bukan musim dia la kot kan.

Pergi kedai area rumah nieyl awalnya nak beli sayur tapi ternampak pula jagung banyak terus beli 4 tongkol. Kebetulan petang tu nak pergi lepak bawah pokok mangga rumah MIL nieyl, jadi masak cucur jagung untuk minum petang sekali.

Alhamdulillah, first trial yang boleh buat nieyl senyum lebar bila satu bekas tupperware habis di makan dan semua kata sedap..bonus untuk diri sendiri sebab buat dengan penuh kasih sayang okay..hehehe..InsyaÁllah kalau ikhlas bertambah sedap apa yang kita masak tu..

Disebabkan first trial nieyl berjaya, nieyl nak share resepi cucur jagung yang mudah dan sedap. Lagipun bahan-bahan yang digunakan pun senang nak cari. Dan bahan-bahan pun korang boleh guna ikut apa yang ada je pun tak ada, yang penting kena ada JAGUNG okay..


Resepi Cucur Jagung Nieyl 

Bahan-bahan
  • Tepung gandum
  • Tepung beras (sedikit) * tak wajib,kalau ada..tak letak pun tak apa
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Cili Besar (cincang)
  • Jagung ( di tumbuk)
  • Daun kucai (kalau xde pun tak apa)
  • Telur Ayam
  • Garam
  • Air
* nieyl letak serbuk emplex sikit,nak kasi rasa crispy² sikit..hehehe (tak letak pun tak apa) 



Cara-caranya 


  1. Korang boleh tengok gambar yang nieyl tunjuk dekat atas ni...
  2. Satu kan semua bahan dalam 1 bekas
  3. Gaul semua bahan last sekali nieyl baru letak air
  4. Air tu korang boleh sukatan sendiri kalau nak keras,kurang kan air, nak lembut sikit lebih kan air.
  5. Time goreng nanti api tak perlu kuat sangat, nanti luar je garing dalam tak masak pula. Guna api yang sederhana.
  6. Lepas warna dah keemasan, dah boleh angkat dan toskan dan makan bersama sos..yumyum

Selamat mencuba uolls ♥

8 comments:

  1. wah..dap dap. Ayu kalau buat, blend sikit ikan bilis ..campur sekali. dap jugak!! Pagi ni wat cekodok pisang..

    ReplyDelete
  2. fav asben ni...akk suka garing. Tp asben suka lembut hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya cucur jagung..petang-petang buat minum petang pun sedap ni.

    ReplyDelete
  4. Wahh sedapppnya..Rabia makan cucur jagung ni pun dekat sutra beach resort

    ReplyDelete
  5. Wah.. meriah bahannya.. Sedap nie kawankan dengan kopi o..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)