22 November, 2018

MAHA 2018 Jangan Lupa Datang!

MAHA singkatan bagi Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism Show. Ianya dibuat hampir setiap tahun dan bertempat di MAEPS Serdang akan berlangsung selama 11 hari mulai 22 November 2018  di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini mensasarkan lebih 3.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.


Tema untuk tahun ini masih mengekalkan "MAKANAN KITA MASA DEPAN KITA" untuk mempertahankan kedaulatan makanan sebagai asas kekuatan negara. Selain kekuatan ketenteraan dan diplomatik, kemandirian masa depan Malaysia bergantung kepada kebolehan kita mencapai kemerdekaan dalam aspek pengeluaran makanan.

Untuk tahun ini lebih banyak khemah dibuka iaitu 1,500 khemah jualan dibuka dan sejumlah 70 peratus daripadanya sudah mendapat tempahan daripada peniaga memasarkan produk dan hasil pertanian mereka.Wah!mesti lebih meriah dari tahun-tahun sebelum ini. 

Jangan lepaskan peluang membawa anak-anak bersama merasai sendiri kemeriahan di MAHA 2018

6 comments:

  1. Uish.. Lama sangat tak pergi MAHA ini..

    ReplyDelete
  2. boleh gi beli benih pokok la nanti. maklumlah kan abam kie ni anak tani jd minat berkebun tu mmg ada. dah masukkan blog nieyl ke bloglist abam kie, ye? thanks...

    ReplyDelete
  3. Akak suka pegi MAHA ni tapi nampaknya kali ni tak sempat. Masih dalam mode jaga SPM 2018...huhu

    ReplyDelete
  4. Rasa nak p tapi badan tak daya nak jalan jauh. Hehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah pergi lagi MAHA tu. Teringin juga nak pergi tapi jauh hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)