28 November, 2018

Sensodyne Sesuai Untuk Gigi Sensitif

Selalu tengok iklan gigi dekat TV terutamanya iklan gigi sensitif ni. Setahun dua baru ni nieyl baru terasa yang gigi bahagian kanan nieyl adalah gigi sensitif. Macam mana nieyl tahu dia gigi sensitif? Kebiasaannya nieyl banyak gunakan gigi bahagian kiri untuk menguyah, tetapi ada kalanya terkunyah makanan di bahagian kanan , ketika itu la rasa macam nak hentak gigi dekat dinding. Itu belum lagi benda yang sejuk dan manis. Ya Allah..sakit dia tu menyusuk ke kepala. Nampak macam poyo je kan ayat tu tapi hanya orang yang ada gigi sensitif ni je yang tahu betapa sakitnya.

Disebabkan selalu sangat tersalah kunyah, nieyl beli dan try sendiri ubat gigi sensondye yang dikatakan sesuai untuk gigi sensitif ni bukan hati yang sensitif tau. Yela, iklan dekat TV biasalah ada sesetengahnya hebat di TV je, hakikatnya..mungkin tak sama.


Nieyl beli dekat watsons sahaja ambil yang ada percuma berus gigi yang direka khas untuk gigi yang sensitif. Berus gigi untuk gigi yang sensitif ini dia lebih soft dari berus gigi biasa. Dan berus gigi ni tidak akan mendatangkan kecederaan gusi kalau kita gosok terkuat pun. Nieyl memang suka berut gigi macam ini. 


Ubat gigi sensodye ini berbentuk seperti pencuci muka, comel sahaja panjang dia pun satu tapak tangan kita. Guna pun tak banyak, kalau ikut cara penggunaan hanya sehari 2x sahaja, tapi biasalah nieyl sehari 4x. 

Sensodyne whitening and repair ini melindungi ubat gigi pemutihan adalah mustahil untuk memperbaiki kawasan tersebut. Sensodyne Membaiki dan Melindungi Ubat gigi pemutihan mencari kawasan sensitif dan membentuk lapisan seperti gigi di atasnya. Gunakannya dua kali sehari untuk terus membantu membaiki, menguatkan dan melindungi gigi daripada sensitiviti. Pada masa yang sama, Pembedahan Sensodyne dan Melindungi dan membantu gigi  mengekalkan keputihan semula jadi.


REVIEW NIEYL

Secara jujurnya sepanjang seminggu nieyl cuba ubat gigi sensodyne ini Alhamdulillah masalah gigi sensitif ni telah pun hilang so, sekarang ini nieyl memang boleh kunyah makanan menggunakan gigi bahagian kanan tanpa perlu lagi risau sakit gigi. Bukan itu sahaja nieyl dah boleh makan aiskrim dan minum air manis tanpa takut-takut lagi.

So, nasihat nieyl kepada korang yang ada masalah gigi sensitif seperti nieyl, cepat tukar ubat gigi korang untuk lebih menikmati makanan yang sedap-sedap hehehe...

4 comments:

  1. mmg bgus utk gg sensitif..cuma harga dia mahal skit..hehe

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka guna sensodyne ni...memang lega kalau guna sebab akak memang mengalami gigi sensitif

    ReplyDelete
  3. asben akk jenis sensitif..tp dia tak nak pakai ubat gigi ni

    ReplyDelete
  4. Ubat gigi nie tak serasi lah.. kalau tak mesti best..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)