08 November, 2018

Straw Diharam kan?Nak minum guna apa?

Semua sedia maklum yang menjelang tahun 2019 , kerajaan akan mengharamkan penggunaan straw plastik dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2020. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar di Malaysia. 

Kalau korang nak tahu, 80% daripada yang barang yang dibuang oleh manusia adalah plastik. Pihak PBB telah menganggarkan sejumlah 9 juta tan plastik dilepaskan ke laut setiap tahun, 2000 tan daripadanya adalah straw plastik.


Ramai yang tertanya-tanya kalau minum tanpa straw macam mana nak minum?Jangan risau masih ada lagi cara yang lebih selamat digunakan dan bersifat mudah lerai yang mungkin kita boleh gunakan. Antaranya :-

  • Straw buluh - ha..kita mesti terfikir, kalau buluh biasanya kita akan buat lemang dan sebagainya. Jangan tidak tahu ya, sekarang ni buluh juga digunkana sebagai straw, malah straw buluh ni boleh digunakan untuk minuman panas dan sejuk.
  • Straw besi tahan karat - Bila sebut besi, mesti ada yang takut nak gunakan straw jenis besi ni kan? Jangan risau, straw jenis besi ini amat selamat digunakan oleh orang dewasa dan jua kanak-kanak. Ini kerana hujung straw dibulatkan dengan sempurna dan tidak tajam, malah mudah di basuh dan di bawa ke mana -mana.
  • Straw Silicon - Kanak-kanak terutamanya suka mengigit straw kan?jadi straw ini sangat sesuai kerana ia mempunyai bahan silicon yang lembut dan sesuai untuk gigit. Nak jaga pun senang dengan merendam dalam air panas untuk kebersihan.
  • Bekas minuman tanpa straw - Kebanyakkan syarikat-syarikat besar makanan seperti Starbuck telah memperkenalkan bekas minuman tanpa straw bagi menyokong memelihara alam sekitar dengan harapan dunia akan bebas dari plastik. So,mungkin selepas ini makin banyak lagi kedai-kedai makan di luar sana membuat perkara yang sama. 
Untuk kempen tanpa straw memerlukan kerjasama dari semua pihak dan pengguna. Kejayaan boleh diperolehi dengan semangat kerjasama semua orang. ♥


9 comments:

  1. jenuh laa nak sediakn straw sendiri dlm beg..

    ReplyDelete
  2. ya...harus sedar dr sekarang..zman dulu,tak pakai plastik pun. back to nature, reuse, recycle

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni femes straw yang jenis besi tu hee. Tapi ika tak beli lagi hee. :)

    ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/11/hadiah-dari-blogger-sis-kinah.html

    ReplyDelete
  4. jom sama-sama jalankan program hari-hari tanpa straw ^_^

    ReplyDelete
  5. dh terbiasa pkai straw .. klo x pkai cm plik plk

    ReplyDelete
  6. Kita tengok lah tahun depan straw jenis macam mana di keluarkan mungkin lebih kepada mesra penguna

    ReplyDelete
  7. Untuk kempen tanpa straw nie, Sha beli Thermos.. jadi tak payah dah pakai straw.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)