Oden ni viral betul ya nieyl pernah makan yang family mart punya pada nieyl biasa-biasa aje rasanya tu, last week biasalah orang perempuan kalau hari jumaat waktu rehatnya panjang. Dua hari sebelum tu tekak ni rasa nak makan oden dekat opis. Nieyl cakaplah dengan kakak opismate ni, so kita plan nak bawa seorang sikit bahan kita makan dekat opis santai-santai. Walaupun nampak santai tapi Alhamdulillah..ramai dapat rasa oden ni..
Antara bahan-bahan yang disediakan, lepas tu untuk kuah dia tu kita guna pes asam pedas, pes tom yam, kiub tom yam dan kiub ayam. Boleh letak daun ketumba dan daun limau purut juga. Jangan lupa letak garam..lepas tu korang rasa la, nak letak apa-apa bagi kuah tu sedap..letak cili api pun boleh.
Nieyl suka makan sayur je, terutamanya brokoli memang fav lah kalau makan steamboat pun sama. Yang lain-lain tu makan juga cuma tak berapa banyak setakat seketul dua je..
itu kakak opismate yang tersangat rajin masak, selalu je bawa makanan. Korang pun mesti dekat opis ada kenalan yang rajin memasak yang selalu bawa makanan kan..
Muka tak sabar nak makan ni, disebalik gambar sebenarnya ramai yang tengah menanti yang dalam periuk tu masak dan boleh makan..hehehe
Ini gambar terakhir sebelum kitaorang terjah makan beramai-ramai bersantai-santai bersama yang ada. Oklah korang, happy weekend ok..InsyaÁllah isnin kita ketemu lagi..bye-bye
Seronok makan sama-sama ramai-ramai.
ReplyDeleteSeronoknya buat macam nie dekat office..lagi pun viral kan buat kuah guna asam pedas tu
ReplyDeletebestnya makan beramai-ramai macam nie...
ReplyDeleteakak teringin nak buat, tapi takde geng..makan sorg2 tak best..tunggu balik kampung makan dgn adik beradik baru ssyiok..
ReplyDelete