Seronok bila rumah ada pokok-pokok buah buahan kan, kawasan rumah nieyl dulu tersangat luas ayah tanam pelbagai pokok buah. Antara yang nieyl sempat rasa hasilnya pokok buah mangga yang kecil-kecil tu, pokok durian belanda, pulasan dan rambutan. Tapi ada juga yang pokok nieyl tak sempat nak rasa seperti pokok durian dan pokok ciku sebab dia tak nak berbuah.
Sekarang semua itu jadi kenangan dah sebab semua pokok-pokok yang nieyl sebut tu dah tak ditebang. Kawasan tu pun sekarang dah jadi kawasan perumahan kami adik beradik. Ada lebih kurang 7 buah rumah dalam satu kawasan tu. Besar kan..
Walaupun rumah nieyl dulu tak ada pokok jambu air, manggis tapi rumah kawan nieyl ada. Selalu kalau nak makan mesti pergi petik dekat rumah dia. Lagi-lagi pokok jambu air, buahnya yang segar dan sedap banyak mengandungi khasiat. Bukan sahaja buah, malah pohon serra daunnya juga banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita.
KHASIAT JAMBU AIR
- Jambu air mengandungi vitamin C yang bertindak untuk memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak terutamanya perawatan kulit, ianya menjadikan kulit lebih segar dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita.
- Kandungan serat dan air didalam buah jambu air ini sangat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman. Khasiat jambu air ini boleh meransang serta melancarkan pembuangan air kecil.
- Selain mengandungi vitamin c, jambu air juga ada vitamin A yang diperlukan mata agar dapat berfungsi seiring dengan peningkatan usia. Yang ini sangat sesuai untuk mereka yang bekerja di hadapan komputer seperti nieyl . Mata cepat lebih dan kuyu. kalau dah kuyu tu nak tidur la tu kan..hehehe
Kalau pergi cameron highland jambu air dan strawberry menjadi carian nieyl. Sedap, manis dan rangup.
dulu ada kat rumah, sekarang dh takdee
ReplyDeletesedapnya jambu air..:)
ReplyDeleteanak akk suka jambu air ni
ReplyDeletebaru tahu jambu air ada vitamin C! Dulu pun suka makan sebab banyak pokok dia dekat rumah
ReplyDeleteBerkhasiat jambu air nie.. kalau buat cicah pun sedap..
ReplyDelete