Assalamualaikum dan salam jumaat semua. Hari ini last day persekolahan anak-anak kan, hari ini pun last day nieyl hantar anak buah nieyl pergi sekolah. Sambung balik rutin tu tahun depan insyaÁllah. Pagi ni nieyl cuma nak share random gambar-gambar yang ada dalam folder handphone nieyl ni. Sebelum itu, nieyl bersyukur sangat Allah sentiasa murahkan rezeki nieyl boleh dikatakan selalu dapat ole-ole, hadiah dan sebagainya dari orang-orang sekeliling. Terima kasih banyak-banyak.
Korang tengok gambar coklat-coklat ni mesti dah boleh agak dari mana kan?Dari Langkawi.. Pagi-pagi lady boss dah kasi coklat dekat PA dia tapi dia kata bukan dari dia, dari husband dia ada meeting dekat Langkawi..Ha..jangan fikir bukan-bukan tau, sebenarnya sebelum lady boss kerja pejabat nieyl ni. husband lady boss kerja satu pejabat dengan nieyl. So,kenal.. Lady boss nieyl ni kitaorang berdua dah macam mak dengan anak dah..
Boss lelaki nieyl yang dulu pun macam tu juga, kalau pergi holiday dengan family.. Wife dia selalu belikan barang untuk nieyl.. so, nieyl bersyukur dapat jaga boss-boss yang baik macam ni.
Kuih keria ni bukan nieyl yang buat tau, cakap awal-awal .. Ini mak nieyl yang buat untuk makan-makan dekat rumah. Buat frozen juga, jadi pagi-pagi nieyl goreng sikit bawa bekal bagi boss nieyl makan sama.
Weekend-weekend biasanya nieyl akan pergi rumah mak mertua nieyl untuk lepak dengan jiran-jiran mak mertua nieyl di bawah pokok mangga. Minum petang biasanya ada bawa makanan, last week nieyl memang dah lama teringin sangat nak masak cucur jagung, masak bagi adik beradik sikit dan bawa pergi rumah mak mertua nieyl untuk makan ramai-ramai bawah pokok mangga. Alhamdulillah, semua orang suka makan, habis satu tupperware besar hehehe
Nieyl bukan seorang pengemar roti canai sangat tetapi nieyl suka makan roti canai kedai abg nieyl. Roti canai dia serius memang sedap, tidak liat walaupun dah sejuk. Kalah roti canai kedai mamak tau. Tapi itulah nieyl bukan selalu dapat makan pun, kalau cuti di hari bekerja je dapat makan sebab kedai abg nieyl open Isnin -Jumaat , Pagi sampai jam 4 sahaja.
Hari rabu baru ni, nieyl dapat ole-ole dari Sabah. Ikan bilis dan kerongsang. officemate baru balik dari Sabah. Ikan bilis ni dah siap kopek tau, lembut je tak keras. Warna dia pun fresh. Dia kata sekilo dia dapat RM18 murah la kan...
Pagi semalam hujan lebat sangat time pergi kerja. Nak breakfast pun nak benda yang panas-panas nasib baik dekat cafe nieyl ni ada pakcik yang jual bubur nasi + ayam goreng + sup RM5..Sedap juga.
Oklah, itu je nieyl nak share dengan korang..thanks sebab singgah blog ni..
wahhh. murah rezeki.. kinder bueno tu feveret! dulu2 boleh bawak bergaduh berebut dgn adik hahahaa
ReplyDeletemurah rezeki nieyls nak jugak kalo berjiran dengan bos macam tu hii. apapun rezeki tu..
ReplyDeletesaya hantu coklat, kalau pi langkawi wajib borong coklat banyak2..hihi
ReplyDeleteSalam jumaat..lawa2 gmbr nieyl
ReplyDeletesalam jumaat.sedapnya kinder bueno tu
ReplyDeletebanyak gambar makanan je ni kak haha
ReplyDeletesdapnya coklat atas tu..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. murah rezeki Nieyl.. Sedapnya coklat tu..
ReplyDeleteRandom photos Nieyl buat perut lapar..
ReplyDelete