26 November, 2018

Cara Menghalau Lalat

Lalat adalah sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat-tempat yang kotor. Selain tu juga lalat dikenali sebagai salah satu perosak paling mudah dijumpai. betul tak?kita pergi mana-mana pun akan ada lalat, tak perlu pergi jauh ..dekat rumah kita sendiri pun ada lalat ni kan..


Kehadiran lalat memang tidak pernah di pelawa, dia akan datang ikut suka hati dia je dan ianya sangat merimaskan sesiapa sahaja dengan bunyi , dah tu suka hinggap pada badan kita. Ha..kalau di biarkan tu yang bertahi lalat tu..hehehe..


Cara menghalau lalat 

  1. Ambil dua batang lilin dan nyalakan. Letak di atas meja makan atau kawasan hidangan. Ini kerana haba dari lilin tu tidak disukai oleh si lalat. Biasanya kita akan nampak di kedai-kedai makan.
  2. Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan yang berisi air.Biarkan di tempat yang ada lalat
  3. Letakkan daun kari didalam bekas yang berisi air dan biarkan di tempat makan atau hidangan.
  4. Gunakan beberapa biji cili besar di belah dua dan letak di atas meja
  5. Tumbuk kayu manis sehingga hancur dan taburkan di atas meja
  6. Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang


Keberkesanan petua-petua ini bersifat sementara sahaja, apa yang penting kebersihan luar dan dalam rumah harus di utamakan.InsyaÁllah lalat pun tak nak datang sebab terlalu bersih :) selamat mencuba. oh ya..kalau korang ada petau macam mana nak halau lalat ni, boleh share di ruang komen yaa...sama-sama kita kongsikan.


6 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)