16 November, 2018

Ikea Tempat Terapi Yang Best

Ikea merupakan salah satu tempat terapi untuk golongan wanita seperti nieyl ni setuju tak? Baru-baru ni nieyl ke Ikea bersama anak-anak buah nieyl ni saja je nak jalan-jalan sambil tu nak cari Wall Shelving untuk letak dekat dapur. Dah lama nak cari sebab nak deco dapur sikit untuk nampak lebih kemas. 

Nieyl gerak pun time tu dah tengah hari, perut pun dah lapar, sampai Ikea tak sah kalau tak singgah food court dia okay. Menu wajib seperti biasalah meatball hehehe.. Cuma rasanya makin kecil pula meatball ni. 


Selain meatball nieyl ada beli garlic bread, mushroom soup, popia dan air mineral . Harga dia pun pada nieyl okaylah tak adalah mahal sangat.


Nieyl ada 3 orang anak buah perempaun yang rapat dengan nieyl. Sorang lagi time ni masih di politeknik sedang exam, yang dua ni form 4 dan seorang student politeknik juga. Jadi bila berjalan dengan nieyl nampak kami sebaya je..hahaha.. 



Ha..ha..ha..nak juga port viral ni, ala..saje je layan budak-budak ni kita pun terlayan sekali. Nasib baik time kiteorang jalan-jalan ikea ni tak ramai orang sangat.Mungkin bukan minggu gaji kot.


Lepas Ikea, boleh pula budak-budak ni ajak pergi Paradigm Mall pula katanya nak cari hadiah untuk birthday kawan. Mak cik dia ni pun ikutkan jelaa..sambil tu boleh la nieyl survey-survey frame untuk dapur, ada beberapa frame yang nieyl nak beli nanti untuk deco dapur...


Sementara dieorang cari hadiah tu, nieyl pusing-pusing sambil tengok anak patung , bear yang comel-comel ni , masa anak dara tu minat lah juga anak patung ni, sekarang dah kahwin dah tak ada semua tu sebabnya kang semak atas katil dengan bantal, anak patung lagi..hahaha.. 

6 comments:

  1. Bestnya jalan-jalan cuci mata di Ikea.. Akak suka kek dia.. Sedap..

    ReplyDelete
  2. dekat kuantan tak ada ikea , kalau ada rasanya selalu jugak pergi..kalau MN pergi ke KL baru lah dapat pergi ikea..tapi penat yang amat kalau pergi sana huhuhu

    ReplyDelete
  3. Oh sedapnyaa meatball ikea, lama dah husniey tak merasa, nak kena turun kl lah ceritanya nii

    ReplyDelete
  4. Ikea dengan meatball memang cukup sinonim hehe. Lamanya tak pergi sana

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)