14 November, 2018

Bio Oil Pakar Minyak Penjagaan Kulit

Siapa yang suka simpan parut ?rasanya mesti tidak ada seorang pun lagi-lagi kaum wanita kan. Nieyl menang tak suka simpan parut, terutama di kawasan-kawasan yang orang lain boleh nampak iaitu muka , tangan dan juga kaki. Baru-baru ni nieyl kena bisul di bahagian kaki, bila luka bisul tu dah baik, makanya akan tertinggal kesan parut hitam tu. Serius memang rasa tak selesa ada parut , jadinya nieyl pergi ke Watsons dan beli Bio Oil. Sebab ramai kenalan nieyl kata Bio Oil ini sangat elok untuk menyelesaikan apa sahaja masalah kulit. 


Kalau korang tengok dekat kotak Bio Oil ni pun dia ada tulis Bio Oil ni sesuai untuk Parut , regangan kulit, tona kulit tidak sekata, penuaan kulit dan kulit kering. Nieyl memang sangat jatuh cinta dengan Bio Oil ni. Ramai yang kata botol kecil tapi harga mahal..Ok memang betul harga dia mahal sedikit tetapi berbaloi sangat sebab kita bukan guna untuk minum, guna untuk sapu sikit sahaja di tempat yang bermasalah.


Bio Oil ni boleh di sapu sehari 2 kali di tempat yang bermasalah, minimun pemakaian bio oil adalag 3 bulan. So, korang yang baru pakai bio oil ni jangan pula hari ni pakai esok nak parut tu hilang..Memang mustahil lah kan.. 

Dan lagi satu Formulasi Bio Oil ini adalah kombinasi ekstrak tumbuhan dan vitamin yang terampai dalam asas minyak. Ia mengandungi ramuan unggul PurCellin Oil™, yang mengubah konsistensi keseluruhan formulasinya, menjadikannya ringan dan tidak berminyak, memastikan bahawa kebaikan vitamin dan ekstrak tumbuhan mudah diserap. 

Bio-Oil telah menjalani penilaian keselamatan mengikut Peraturan Parlimen Eropah dan Majlis Produk Kosmetik. Profil toksikologi, struktur kimia, tahap rangkuman dan tahap keseluruhan dos pendedahan harian setiap ramuan yang digunakan telah dinilai dan dianggap selamat untuk kegunaan (termasuk kegunaan oleh wanita hamil). Jadi, tidak perlu risau untuk sapu di kulit anak-anak.



Bio Oil ada 4 botol yang berlainan isipadu nya. Yang macam nieyl beli ini 60ml dengan harga normal RM34.95 tetapi beli dekat watsons time sale lebih murah lagi. Selain itu ada botol bersize 25ml, 125 ml, 200ml . Nieyl dah sebulan pakai Bio Oil ni, Alhamdulillah...kulit kering nieyl di bahagian buku lali nieyl dah makin elok. Nanti bila dah betul-betul nampak perbezaannya nieyl share dengan korang okay. 

Okaylah itu je hari ini nieyl nak share dengan korang, semoga apa yang nieyl share ni membantu korang yang ada masalah kulit..♥


6 comments:

  1. Banyak testimoni positif pasal bio oil ni, ada berkira-kira nak belikan untuk anak Mrs. A

    ReplyDelete
  2. Kulit saya jenis yang senang berparut, gatal skit, garu, haaa siap lah nnt. Boleh cuba nnt, rasa cam dah pernah cuba dulu, tapi tulah tak istiqamah.

    ReplyDelete
  3. pernah cuba,sebotol habis tapi tak ada kesan apa-apa pun kat MN , tapi kat orang lain tak tahu lah , sebab result pun lain-lain tak sama

    ReplyDelete
  4. Akak tak pernah cuba lagi Bio-Oil ini.. Kesan dia berbeza pada setiap orang kan Nieyl..

    ReplyDelete
  5. Mmg ok lah....my wife lepas bersalin guna nih kat perut..perut jd licin..bersih..dalam 5 kali je letak,sapu..pecah pecah kat tumit kaki pun hilang ..sapu dalam beberapa kali je

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)