Bayam Brazil dan khasiatnya | Assalamualaikum, seharian kerja dekat kedai hari ini lepas tu balik dah penat, malam sebelum tidur baru ada masa sedikit nak update blog. Hari ni nieyl nak share dengan korang, nieyl ada tanam bayam brazil yang sekarang ni dah viral sana sini akan kebaikan dan khasiat dia. First tu nieyl dapat anak pokok pun dari boss sebelah bilik nieyl dulu, lepas tu nieyl ada juga beli lagi dekat shopee. Actually masa beli dekat shopee ni kena rajin dulu baca review orang sebelum membeli ya.
Untuk nieyl masa nak beli anak pokok bayam brazil ni lama juga nieyl survey cara pembungkusan dia, berapa harga anak pokok yang dia jual, dan boleh compare dengan peniaga lain yang jual anak pokok yang sama dan last sekali review dari customer. Selepas dah puas hati tu, baru nieyl contact seller tu untuk tanya stok ada atau kena pre order. Kebetulan seller kata ready stock nieyl terus beli.
Nampak tak pasu yang comel tu, okay yang itu sebenarnya dari seller shopee yang nieyl beli tu kalau tak silap nieyl ada 3 pasu, anak pokok dalam tu banyak juga. So, bila dah dapat anak pokok tu haruslah kita pergi beli pasu yang lebih sesuai dan tanah untuk semai anak pokok bayam brazil tu. Yang pastu besar tu, anak pokok yang boss nieyl bagi dan naik tinggi dah. Daun dia lebar-lebar kan.
Bekas pasu yang jenis panjang ni nieyl beli dekat eco je RM2.10 dan tanah pun murah 1 beg tu RM2.00 . NIeyl beli dua sebab anak pokok tu banyak. Jadi nieyl semaikan dia dalam 2 pasu panjang ni.
Tapi kalau tengok tanah nieyl tu kurang, kena tambah lagi satu beg baru cantik. Dan kalau nak semai pokok brazil ni dia cantik kalau tanam rapat-rapat sikit okay. Yang ni first time nieyl buat so, next time nieyl akan tanam lebih rapat sikit, jadi bila dia membesar tu nampak sangat cantik hehehe..
Selepas sebulan inilah hasilnya walaupun tak banyak tapi bolehlah di buat masak sayur dan juga ulam.
Contoh baru ni nieyl masak campurkan barsama kobis tapi nieyl rasa lepas ni kalau tuai lagi nieyl nak cuba buat ulam pula sebab ramai yang kata buat ulam sedap. Nanti nieyl share apa rasanya bayam brazil makan mentah ya.
ok jom nieyl share kebaikan dan khasiat bayam brazil untuk kesihatan kita.
- Melawan kanser
- Mengekalkan kesihatan mata
- Salah satu sumber vitamin K
- Menguatkan tulang
- Membantu menurunkan berat badan
- Meningkatkan sistem imuni badan
- Membantu sistem penghadaman
- Mengelakkan dari sembelit
- Membantu melancarkan darah
- Mencegah Anemia
- Mengatasi masalah gusi
- Nutrisi yang baik untuk pembesaran
- Mengelakkan stamina
- Mengelakkan kesihatan mulut
- Mencegah menuaan pramatang
- Mengelakkan kesihatan ibu mengandung.
Senang cerita, bayam brazil ni adalah tanaman yang sangat baik dan bagus untuk tubuh badan kita. Jadi, jom lah sama-sama nieyl kita tanam bayam brazil dekat rumah. Ianya mudah dan senang di jaga dan di tanam. Cucuk-cucuk je Insya'Allah hidup.
Ok korang, itu je nieyl nak share malam ni..Insya'Allah ada masa nieyl update lagi okay...Assalamualaikum...
Alaa... Kenapa sampai beli. Kalau tahu nak, boleh je LeYa bagi. Kat rumah ni dah banyak sangat dah. Sampai tak termakan dah sebab kerap sangat makan Bayam Brazil ni.
ReplyDeleteWah banyak khasiatnya.
ReplyDeleteWah! trendingnya si bayam brazil ni sekarang patutlah harganya mahal dah sama level dengan si bawang merah.
ReplyDeletesedap bayam brazil ni!
ReplyDeleteKalau buat spegheti karbonara suka campak-campakkan si bayam brazil ni...sedap.
ReplyDeleteBanyak khasiat bayam brazil ni rupanya..no wonder ramai dok tanam dekay rumah. Nak cari juga lah nanti.
ReplyDeleteDekat pejabat Sha nie, ramai yang tanam bayam brazil ini.. Buat ulam sedap, tumis pun sedap..
ReplyDeleteaida ada tanam.
ReplyDeletetapi tak cantik la :(
benihnya adik yg bagi.
dia tanam, cantik kejadiannya.
hu hu hu hu sedih la hai hati ni.