09 January, 2020

Sembelit?cuba makan buah prun

Sembelit?cuba makan buah prun | Siapa pernah makan buah prun?Dia ada jenis yang basah dan yang kering. Rasa dia pula manis dan mempunyai serat yang tinggi dan buah ni kalau kita kunyak dia lambat nak hancur tetapi seratnya secara semulajadi sangat bagus. Terutamanya untuk kesihatan badan kita. Buah prun ni mengandungi vitamin, mineral, serat , karbohirat dan lemak. Suku cawan buah prun mempunyai 12 peratus serat dan 6 peratus vitamin K yang diperlukan oleh badan setiap hari.

Kebaikan buah prun untuk kesihatan

  • Memperbaik pencernaan- Jika kita makan buah prun salah satu kebaikan yang pantas kita dapat adalah pencernaan yang baik  Ini kerana buah prun mempunyai serat pemakanan yang terbaik. Manakala jus prun juga sangat popular dikalangan warga tua yang ingin memperbaiki fungsi pencernaan, menghapuskan sembelit dan mengurangkan radang pada perut.

  • Meransang kesihatan mata - Selain memperbaiki pencernaan, buah prun juga boleh membantu mencegah kesan negatif radikal bebas dalam badan serta mampu membantu mencegah kemerosotan makular dan mengurangkan risiko tekanan oksidatif dalam mata dan memastikan penglihatan terang dan jelas.

  • Mencegah kanser - Antioksidan yang ada dalam buah -buahan kering ini boleh melindungi mata, tetapi mengurangkan kerosakan radikal bebas dalam tubuh boleh mencegah jenis-jenis kanser lain kerana radikal bebas ini boleh meningkatkan mutasi dan meransangan pembangunan pertumbungan berkanser.
  • Mengawal kolesterol - Serat dalam buah prun bukan sahaja baik untuk pencernaan malah ia juga baik untuk menghapuskan kolesterol berlebihan dari tubuh badan kita. Keseimbangan kolesterol ini akan merendahkan peluang untuk mendapatkan atherosclerosis dan masalah kardiovaskular lain seperti serangan jantung dan stroke.

Terlalu banyak kebaikan buah prun untuk kesihatan tubuh badan kita, kata orang mencegah itu kan lebih baik dari merawat. Jadi, di usia muda ini lah kita kena belajar amalkan pemakanan yang sihat untuk maksimumkan tahap kesihatan kita.

Rasanya masih sempat lagi kalau kita mulakan azam 2020 dengan mengamalkan pemakanan yang lebih sihat terutamanya seimbangkan kadar gula dalam setiap makanan yang di ambil, garam, lemak dan sebagainya.. Oklah jumpa next entry..Insya'Allah selamat membaca :) 

8 comments:

  1. nice sharing... akakpun mmg jenis sembelit gak... boleh cuba ni

    ReplyDelete
  2. jarang sembelit, selalu makan buah betik ja. Tapi baru tahu Prun pun boleh ambil waaa thank u atas perkongsian. BTW salam kenal and done follow :)

    ReplyDelete
  3. dulu selalu gak beli buah prune di pasaraya tp skrg dah jarang sebab harganya makin mahal..

    ReplyDelete
  4. yup.. buah prun memang bagus untuk mengatasi masalah sembelit..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)