Lucky Friend | Kadang-kadang bila kita masuk kerja di sesuatu tempat tu, kita pun tak boleh nak agak macam mana kan. Ada ke orang nak berkawan dengan kita? boleh kita ngam dengan orang yang dah lama bekerja di situ. Ish..macam-macam kita fikir, betul tak? Nieyl dulu pun masa mula-mula masuk kerja tu tak ada ramai kawan pun, semua duduk sorang-sorang tunggu orang lain tegur, baru la kita buka mulut ni nak bersembang dan berborak. Yela, budak baru kan semua begitu..hahaha
Itu kalau kita yang masuk kerja. Cerita nieyl ni bila ada orang baru masuk kerja di bahagian nieyl ni. Sebab kita dah ada pengalaman jadi budak baru, nieyl pun rajin menegur , rajin bersembang. Lama-lama siapa sangka dia jadi kawan baik nieyl di pejabat. Rasanya dah 5 tahun kami berkawan rapat. Kebetulan mungkin sebab kitaorang bekerja sebagai PA bos-bos ni , kalau dia nak cuti, nieyl akan cover tempat dia. Kalau nieyl cuti pula?tak ado yang cover tempat nieyl sebab bos nieyl jaga diri sendiri ...Lupa pula nama kawan nieyl tu FAZ, bukan fast and furious tau..marah nanti dia..
Sebenarnya nieyl tak expect pun dia nak kasi hadiah dekat nieyl. Sebab hari tu nieyl agak sibuk ke sana ke sini untuk uruskan kerja-kerja yang terakhir. Masuk bilik je nampak ada paper bag Nealofa atas meja, terus pergi tanya dia hahaha...sebabnya dia jela yang selalu ada paperbag Nealofa sebab dia buat biz jual tudung dan shawl... So, memang betul dia kasi nieyl...berbunga-bunga hati akak ni..
Tapi lambat juga nieyl buka hadiah dia, rasanya seminggu selepas tu baru berkesempatan nak buka hadiah tu, Ya Allah..so cute mug warna fav nieyl lagi, actually I'm so lucky sebab dapat kawan macam awak FAZ.. Terima kasih sebab jadi kawan saya.. Walaupun kadang-kadang bila dia pakai spek mata , orang kata kami kembar.. Time cover tempat dia pun, orang selalu ingat nieyl ni dia sebab sama je kami ni hehehe.. Rindu nak breakfast sama, pergi karavan tani sama, pergi SPA sama YA Allah banyak perkara yang kitaorang buat sama-sama.
" My dear FAZ, Thank you for be my good friend..Terlalu banyak perkara yang kita berkongsi ,
dari bab kerja sehinggalah hal personel. Awak seorang kawan yang baik, pendengar yang setia dan sentiasa ada bila saya perlukan seorang kawan. Memori dan kenangan dengan awak terlalu banyak. Saya harap, persahabatan kita ni akan kekal sampai bila-bila semoga ada rezeki kita berjumpa lagi "
Ok,jumpa di next entry okay.. XOXO
alhamdulillah. salah satu cabang rezeki jugak tu kan ^_^
ReplyDeleteSeronok bila sama tempat kerja ada kawan yang kamcheng. ^^
ReplyDeletesemoga persahabatan kekal abadi. Tahniah sbb sudah ada domain sendiri..
ReplyDeletealhamdulillah.. dpt kwn yg baik rezeki jgk..
ReplyDeletebestnya dpt adiah dr kwn rapat.. =)
mesti sedih nak berpisah, kan :)
ReplyDeletekawan yg baik adalah rezeki jugak kan, nieyl.
suka duka, kongsi sama2.
Semoga ukhwahnya terus berkekalan.. Aamiin..
ReplyDeleteAyu pun..syukur alhamdulillah sgt. mana2 gi...dikurniakan Allah kawan2 yg baik & leh masuk sekepala. bukan nak seronok2 but a gift la kan. kawan2 yg baik & kita nak gi keja pun happy. office baru ni pun...semua ok! alhamdulillah.
ReplyDelete