19 January, 2020

Langkah-Langkah Pencegahan Influenza

Langkah-Langkah Pencegahan Influenza | Assalamualaikum..Beberapa minggu ini kita dikejutkan  kes penyakit Influenza yang kini sedang merebak di Malaysia. Paling menyedihkan telah mengorbankan nyawa kanak-kanak. " Ya Allah Engkau Lindungi Lah kami dan anak-anak kami dari di jangkin virus ini Ya Allah" . Jika kita menonton berita setiap hari akan ada sahaja peningkatan kes Influenza ini. 

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kita ikuti dan di amalkan bagi mencegah penyakit berjangkit itu.


Semua sedia maklum bahawa virus Influenza ini merebak melalui pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan ringan ataupun serius. Namun dalam keadaan tertentu, ianya mungkin akan mengorbankan nyawa. 

Antara gejala Influenza 
  • Demam
  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Batuk 
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Sakit perut dan cirit birit (khususnya kanak-kanak)
Cara Penularan

Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti


  • Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
  • Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma dll)
  • Individu obes
  • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (spt. pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi dll)
Jika anak-anak terdapat simptom-simptom di atas, please bertindak dengan cepat bawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan rapi jangan tunggu dah teruk baru nak bawa ke hospital. Ibu bapa perlu lebih peka terhadap kesihatan anak-anak setiap hari. Semoga anak-anak kita di jauhi dari penyakit berjangkit ini..Amin...

4 comments:

  1. Waalaikumussalam. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah daripada wabak ni. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua dilindungi Allah dari wabak ini.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. mohon dijauhkan. sebelum balik tu dah amik influenza vaksin dah..sebagai protection.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)