07 January, 2020

Lunch Date dengan girlfriend di Kenny Rogers

Lunch Date dengan girlfriend di Kenny Rogers | Assalamualaikum, setiap kali nieyl on laptop untuk up entry blog kan, ketika itulah nieyl rasa rindu dekat pejabat. Sebab selama 10 tahun nieyl bekerja di hadapan moniter, dari jam 8 pagi sampai 4.30 petang. Bila dah free time sikit nieyl akan edit gambar sikit untuk nieyl up dalam entry. Sekarang berubah sikit rutin 10 tahun tu. Tapi Insya'Allah nieyl akan try untuk update sehari minimum 1 entry, kalau ada lebih masa je nieyl akan try taip more enrty okay..

Seperti biasa, nieyl throwback story yang tak sempat nak update on time. Itu biasalah kadang-kadang sempat snap je, nak taip tu kena ikut mood dan masa. So, nieyl memang tabik dekat blogger yang boleh post kejadian pada hari yang sama. Entah bila nieyl boleh jadi macam korang kan? Doakan jelah ya..


Kalau korang rajin baca dan scroll bolg nieyl ni, gambar dieorang ni dah banyak dalam blog nieyl ni hehehe, semua ni pangkat kakak, nieyl kira yang paling bongsu dikalangan dieorang ni tapi tak ada la bongsu sangat pun weh...tahun nie dah masuk 32 tahun hahaha..i dont believed

Kalau lunch date time hari bekerja biasanya kita akan keluar pada rehat hari jumaat sebabnya lamo sikit dapat bersembang , mengupas serta membawang. Oh ya, lupa.. sebenarnya dulu kami officemate dalam satu tempat kerja, setahun yang lepas 2 dah pun berhijrah ke kementerian lain dan seorang lagi masih lagi setia dekat jabatan yang nieyl kerja dulu.


Yang baju merah tu kak zura dan sebelah tu kak lin...
( hai kak lin, kak zura..i know you visit dan read my blog ) Tq :)


Yang ini kak lydia, persamaan kali adalah suka membawang menghalia hahaha

kitaorang berempat ni ada group whatsapp iaitu  Love Buddies, dalam tu selalunya tak adalah riuh selalu sebab masing-masing ada life masing-masing,. Cuma bila nak plan lunch, nak plan tengok wayang selalunya group tu akan berfungsi dengan baik hahaha..Alhamdulillah persahabatan ini nieyl harap terus kekal sampai anak cucu insya'Allah... 


Rahsia di sebalik makanan ni korang nak tahu x?actually kan nieyl dah lama sangat bertahun-tahun dah tak makan dekat kenny rogers ni. So, memang out betul time nak pilih side menu,nasib baik ada kak zura, nieyl follower je apa yang dia order..Nasib baiklah tekak nieyl ni boleh terima pilihan tu tak lah membazir...hahaha...jangan cakap ngan orang okay !

Oklah kita jumpa di next entry okay... XOXO


6 comments:

  1. Waalaikumussalam. Teringat-ingat kenangan makan di KR 😍

    ReplyDelete
  2. Sama lah. Dulu nak keluar makan hari jumaat je sebab lama. Kak ana pun lama tak makan KR ni. Tp antara fav kitorang juga lah makan dekat sini. Suka macaroni cheese dia.

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. best nya girls day out. terus rasa rindu zaman dekat dengan para gf dulu. haha ^_^

    ReplyDelete
  4. sy pon pyh nk update entry pd hari kejadian..
    mesti akn jd throwback pnye.. haha

    ReplyDelete
  5. Sy pun ikut mood je update. Hahahha

    Sy xngam sgt dengan kenny. Hahah

    ReplyDelete
  6. Wah.. bestnya luncha date dengan GF.. lama tak buat aktiviti macam nie..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)